Monday, 31 December 2012

KENANGAN 2012- KELUARGA


Alhamdulillah...banyak kenangan manis yang tercatat pada tahun 2012  dalam family aku..

Januari - Afiq mendaftar di SMAP Labu Negeri Sembilan...muka dia tabah aje...bila dah siap hantar dan kemas semua barang2 dia, masa nak balik dia buat muka selamba aje ..tapi masa aku mengemas barang dia nampak juga raut muka dia sedih ...
Sesi mengangkut barang...

Saat paling sedih...

Selamat berdikari...


Bila malam menjelang...tak tertahan air mata tumpah..basah bantal ...Rasa sedih, menyesal pun ada hantar anak tinggal di asrama..sayu .. tapi ..itu dah rezeki dia...tabah aje lah...
sedar2 dah setahun Afiq kat sana, dah  masuk form 2...Aku yakin itu yang terbaik untuk dia...

Angah berpindah tempat Asasi...tahun 2011  dia di Nilai tahun ni Angah di Petaling Jaya hingga akhir tahun.Tahun 2013 baru di Gombak.

Keputusan SPM Aiman diumumkan dan Alhamdulillah dia berjaya dlm SPMnya. Aku memang dari dulu nak dia jadi pendidik senang nanti cuti sama( tak de lain ingat cuti aje)...
Entah macamana tiba2 aje dia boleh termasuk bidang perubatan.
Tahun ni juga Aiman ke Mesir bersama dua orang sepupu( anak akak ) iaitu Arif dan Aliyya..
Aiman dan Arif ambil perubatan dan Aliyya pergigian..bila ada sepupu kat sana aku rasa agak senang hati.. mungkin ini ketentuan Allah ..kita hanya merancang Dia yang menentukan...
Alhamdulillah Aiman boleh mengikuti pelajaran di sana dgn baik dan pernah juga dpt full mark (Ariff pun sama). Minggu lepas siap masuk kuiz lawan dengan student Mesir.




Hari pertama di Mesir

                                             Di KLIA



                  Aiman, Angah,kak yong ,Aliyya dan Ariff...generasi pertama AdZ



                          Anak daraku dah ada yang punya..

Sedih ada ...suka pun ada...

Bulan November mencatat sejarah buat familyku.Majlis pertunangan Kak Yong dengan org Pahang. Nak tergelak pun ada sebab dia rupa2nya mengulangi sejarah aku dan suami..jodoh sekelas ..hihi...tapi semua itu ketentuan..aku hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk anak2..

Suami aku berjaya mendapat peningkatan kerjaya setelah bertungkus-lumus sambung belajar selama 4 tahun lebih...akhirnya dpt DG41..turn aku belum lagi..harap bersabar sebab baru temuduga...tak apa sabar itu separuh daripada iman...



KENANGAN 2012 - KERJAYA

Alhamdulillah...
Sampai juga ke detik tahun baru 2013...syukur tidak terhingga kerana dengan rahmatNya kita semua masih dapat bernafas di bumi Allah ini...
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang kulalui pada 2012...
Aku ingin kongsi pengalaman yang manis2 aje...yang pahit2 tu  biar aku telan...mudah2an pada tahun baru 2013  kita semua akan terus melangkah dan semoga bertambah keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya..inshaAllah...

KENANGAN 2012

KERJAYA:
Kenangan manis tahun 2012 menjadi Setiausaha MSSC Senggarang banyak yg perlu dibereskan..(Kalau GB pengerusi MSSC , automatik GPK KOKU kena jadi setiausaha.....aduyai...sibuk sokmo...memang pening kepala...

Kenangan paling manis bila jadi Ketua Kontigen Zon Senggarang ke Kejohanan MSSD Batu Pahat dan berkat kerjasama semua jurulatih, peserta, capron , penaja2, GB2  dan guru2 akhirnya buat pertama kali dalam sejarah zon Senggarang berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah.
Zon Senggarang juga menang Olahragawati B12 ( puteri kesayangan sekolah saya ni)  dan Olahragawan L10 dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas,6 pingat perak dan 3 gangsa...Alhamdulillah...terima kasih kepada semua rakan2..sweet memory betul...

Seorang murid sekolah aku Mahira Hanis terpilih  mewakili Johor ke peringkat kebangsaan di Perlis, Alhamdulillah...

Kejohanan Bola Tampar MSSJ juga aku kena pergi di Kota Tinggi sebab ada murid sekolah aku terpilih mewakili daerah Batu Pahat..Alhamdulillah..juga mencatat sejarah sebab first time BP dapat masuk final dan dapat tempat kedua. Selalunya BP ialah pasukan belasahan..seronoknya bukan kepalang..(padahal takde buat apa pun tukang sorak aje..)


Sunday, 30 December 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013





Moga Allah limpahi rahmat kepada kita semua.

Untuk gerakkan azam tahun baru agar berjaya dicapai:

  Doa sungguh-sungguh
    Murnikan hati agar tarik hidayah Allah
    Fikir secara positif sebab fikir itu doa
    Lakukan setiap tindakan dengan terbaik
    Jaga ibadah dengan sempurna
      Cari kawan yang dapat bantu untuk capai azam
      Penampilan yang anggun
  Cari guru atau mentor yang dapat bimbing
    Bentuk budaya diri yang cemerlang
  Berterusan cari ilmu
  Nilai dan ubahsuai azam jika perlu
 Seimbangkan hidup- rumah tangga/tempat kerja/sekolah/masyarakat
.  Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari untuk jadi tabiat
 Redha dan syukur atas setiap pencapaian

MOGA BERJAYA....

Petikan: Dato Dr Fadzilah Kamsah




KEK PISANG

BAHAN-BAHANNYA

4  biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
2 cawan minyak masak
2 cawan pisang ( dilecek)
Bikarbonat soda(ayak dengan tepung)


CARA MEMBUATNYA

Pukul telur  dan gula hingga kembang dan putih. 
Masukkan pisang 
Masukkan minyak masak
Masukkan tepung sedikit-sedikit
Gaul rata dan bakar hingga masak




RESEPI ROTI PUREE

Resepi ini diperoleh dari radio satu masa dahulu...resepi ni kami adik-beradik selalu buat waktu petang2...rasanya sedap dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

DOH:

BAHAN-BAHANNYA

3 cawan tepung gandum
4 sudu mentega/ marjerin
air panas secukupnya
minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUATNYA

Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tambahkan mentega. Gaul hingga rata
Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli hingga kental,
Biarkan 1 jam
Uli semula dan bulat2kan sebesar bola golf.
Canaikan dan goreng dalam minyak panas.


KUAH:

BAHAN-BAHANNYA

4  biji kentang direbus dan lenyek
1/2 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu serbuk jintan
2 biji lada hijau(dipotong)
1 labu bawang besar(potong bulat)
1/2 sudu biji sawi( jika suka)
daun kari
garam
2 sudu marjerin
1/2 cawan santan pekat

CARA MEMBUATNYA

Gaulkan kentang, kunyit, garam dan santan
Panaskan kuali, masukkan marjenin
Setelah panas, masukkan biji sawi, daun kari, bawang dan lada hijau
Masukkan campuran kentang
Kacau rata dan jangan sampai pecah minyak
Masak hingga mendidih.


(Doh boleh disimpan dlm peti sejuk dan goreng bila nak makan)

RESEPI HOME MADE KAYA

Resepi ni warisan ibu mertuaku...
Dah lama tersimpan dalam diari aku. Kaya buatan sendiri ni dijamin besttt  ... 
Rasanya asli dan nyum..nyum ..
Boleh dimakan dengan roti atau roti jala, lempeng semua boleh.
Paling penting ini resepi asli  dan tiada bahan  pengawet.
Kalau dah siap sila simpan dlm peti ais.

BAHAN-BAHANNYA

2 biji telur(pukul dengan 1 cawan gula hingga kembang dan putih)
21/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1/4 cawan susu pekat manis
Halia
daun pandan
Gula pasir secukupnya
Vanila esen

CARA MEMBUATNYA
Masak gula hingga gula agak hangus.
Masukkan halia yang ditumbuk kasar
Masukkan santan 
Masukkan telur 
Kacau cepat-cepat supaya tidak bergentel
Masukkan sedikit esen vanila dan susu
Kacau2 lagi hingga betul2 pekat dengan api yang sederhana


Saturday, 29 December 2012

RESEPI PENGAT PUTERI MANDI

Inilah resepi kegemaran aku dan adik-beradik masa kecik2 dulu...
Terutamanya kalau bulan puasa, mesti buat pengat ni..Pengat ni juga favorite abah...abah pun sama2 gentel kuih ni ...bergotong-royong menggentel tepung dan bila dah siap gentel penyekkan sikit..
Memang penuh nostalgialah ...

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung pulut
 air secukupnya
sedikit garam
3 cawan santan
tiga helai daun pandan
1 senduk gula pasir

CARA MEMBUATNYA

Dalam bekas,masukkan tepung,air dan garam.
Uli hingga jadi doh dan tidak melekat.
Masukkan warna yang disukai ( jika suka)
Ambil sedikit adunan buat bentuk bebola seperti guli, penyekkan sedikit.
Masukkan santan ke dalam periuk,campurkan sedikit garam,daun pandan disimpul
Ambil bebola tadi dan masukkan ke dalam periuk biar hingga timbul
( Api perlahan supaya tidak pecah minyak)



Friday, 28 December 2012

RESEPI KASTARD BERKUAH

Bahan-bahannya
1 tin/paket tepung kastard
12 cawan air
1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya
Masukkan tepung kastard dalam periuk, masukkan air
Masukkan susu cair
Panaskan api dan kacau lama2 sampai kastard pekat
Bila dah pekat masukkan dalam bekas

Kuah
2 tin susu cair
1 paket buah-buahan campuran(toskan airnya)
Ais
Jelly (sumi jelly tu) secukupnya
Air gula secukupnya


Cara membuatnya

Dalam bekas besar,campurkan semua bahan/Kacau rata
Masukkan kastard yang dah dibekukan tadi 

Thursday, 27 December 2012

RESEPI KEK BATIK

Kuih kegemaran anak2 ni aku belajar dengan sahabatku Allahyarhamah Jamaliah  dua puluh tahun yang lalu....sekarang resepi ni kiranya dah jadi macam warisan turun temurun la..(mudah2an ada pahala utk arwah)
Favorite Afiq kalau nak balik asrama wajib kena buatkan sebab  kawan2 asrama dia soh buatkan. Angah pun sama kalau nak balik ada je kawan yang pesan soh buatkan...
Ini kek yang paling senang nak buat...nama aje kek tapi takpayah nak bakar2 ke atau pukul telur ke apa....  dan masa diambil pun tak sampai sepuluh  minit dah siap..paling best dan senang ..tu yg penting...


BAHAN-BAHANNYA

1 paket kecil/ 3 cawan Milo (hmmm...kalau boikot ganti ngan Ovaltine )
1 tin susu pekat manis
1 paket biskut marie
1 senduk butter(marjerin pun boleh tapi butter paling sedap)
1 cawan kacang tanah/ badam/kekacang (kalau takde pun takpe)


CARA MEMBUATNYA
Guna api kecil, panaskan kuali/periuk
Cairkan butter
Masukkan susu pekat manis(sentiasa kacau)
Masukkan milo/ovaltine 
Masukkan biskut marie yang dipatah(patah 2 )
Masukkan  kacang tanah/ badam/kekacang 
Bila dah sebati, masukkan dalam bekas yang dah dialas plastik atau aluminium foil.
Padat2kan biar agak mampat.
Bila dah sejuk boleh potong.


RESEPI NASI AYAM SPECIAL


Resepi nasi ayam ni aku belajar masa baru2 posting dulu..terima kasih Kak Chah..
Sekarang resepi ini menjadi  resepi kegemaran family...


CARA PENYEDIAAN AYAM

1 ekor ayam dipotong empat(3/4 untuk digoreng dan 1/4 lagi untuk sup)
Semua ayam di basuh bersih dan direbus dalam air anggaran 2 liter(sebahagian air untuk dimasak dengan nasi dan sebahagian untuk sup)
Bila dah mendidih angkat.
Ambil 3 bahagian ayam dan diperap dengan halia, bawang putih, garam ,madu dan kicap.Ketepikan.
Goreng dengan minyak banyak.


CARA PENYEDIAAN SUP

1/4 ayam dipotong kecil2
3 ulas  bawang putih dimayang
5 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia hiris nipis
  penumis 
3 sudu Minyak masak 
1 kiub ayam(jika suka)


Dalam periuk, tumiskan semua bahan  
Bila dah wangi,masukkan air dan sup bunjut @ rempah sup.
Masukkan ayam yang dipotong kecil2
Masukkan g aram
Biar hingga mendidih
Taburkan daun sup,daun bawang dan bawang goreng.


CARA PENYEDIAAN NASI 

3 cawan beras
air rebusan ayam secukupnya
3 sudu minyak masak
rempah penumis
3 ulas bawang putih dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
1 inci halia hiris


Masukkan 1 senduk minyak masak(biasanya aku guna  rice cooker dan letakkan  atas dapur)
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan rempah penumis 
Bila dah bau wangi,masukkan beras (dah dibasuh), gorengkan sekejap 
Bila dah agak2 rata, masukkan air rebusan ayam tadi(sukatannya sama macam masak nasi biasa)
Masukkan sedikit garam dan kacau rata2
Masukkan daun pandan
Pindahkan dalam rice cooker dan tanak macam biasa.
Bila nak hidang taburkan dengan daun bawang dan bawang goreng


CARA PENYEDIAAN SOS

Kisar 10 batang cili merah bersama bawang putih.
Masukkan dalam periuk dan masak atas api 
Campurkan sos cili anggaran 1 cawan
Tambah sedikit garam


CARA MENGHIDANG

Alas pinggan besar dengan daun salad,tomato dan timun
Susunkan ayam goreng(potong2)




RESEPI AIR JELLY



Resepi ini diperoleh dari adik ipar aku Azie. Dia yang mempopularkan air jelly ni di rumah mak mertua aku. Minuman ni sangat-sangat best  sebab ada kelainan. Bila minum semangkuk pasti nak tambah lagi.Kalau disediakan masa kenduri-kendara memang sesuai sebab tak muak,rasanya  segar dan best..

Bahan-bahannya

1 paket agar-agar serbuk(cap layang-layang)
1 tin air cincau(300ml)-air tin Yeos yang biasa kita minum tu
300 g gula pasir
2700 ml air
Daun pandan
Limau kasturi 10 biji
1 tin buah-buahan koktel

Cara membuatnya

Masukkan  air, agar-agar serbuk ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih,masukkan gula dan air cincau.
Matikan api dan masukkan agar-agar dalam bekas.Biar hingga beku.
(Agar-agar agak lembik dan bergoyang-goyang..takpe memang macam tu…)
Bila dah beku, cedokkan dalam bekas besar guna senduk,perahkan limau,masukkan buah-buahan koktel dan ais. Bila nak makan masukkan dalam mangkuk-mangkuk kecil.




sangat sedap dimakan sejuk-sejuk. segar dan tak muak. selamat mencuba :)

ASAM PEDAS BONDA


Ini makanan kegemaran seisi keluarga..kalau orang Muar(Muor) tak sah makan tengahari kalau takde asam pedas. Ini lauk paling senang disediakan.


Bahan-bahannya

5 ekor ikan segar
*Lada kering satu mangkuk kecil
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 inci kunyit hidup
*Sedikit belacan
1 sudu gula pasir
½ cawan air asam jawa
Daun kesum/bunga kantan

Cara membuatnya

Panaskan minyak masak lebih kurang ½ senduk di dalam periuk,tumiskan bahan bertanda * hingga naik minyak. Masukkan gula pasir.
Masukkan air asam jawa dan 2 cawan air. Biarkan mendidih baru masukkan daun kesum/bunga kantan.
Sedia dimakan bersama nasi panas..





RESEPI ROTI GULUNG SOSEJ


Resepi ni aku dapat dari internet dah lama dulu..masa tu bulan puasa boring-boring aku terjumpa resepi ni. Bila hari raya aku try buat untuk marhaban kampung(biasalah orang Johor kalau hari raya ada kumpulan marhaban …orang ramai datang ke rumah-rumah sambil berziarah dan berselawat)aku hidangkan roti sosej gulung ni…aku buat empat  bantal (panjang) roti ..aku kata dengan anak2 takpe kita buat banyak nanti kalau tak habis kita hidangkan dengan orang yang beraya rumah kita…nak tau apa yang berlaku..habis  licin kuih tu sampai anak aku yang tukang gulung pun dapat rasa seketul dua aje…haha..memang tak sangka sebab rumah aku ialah rumah yang last dan kumpulan marhaban tu dah berziarah lebih 20 rumah..semua orang dah terlebih kenyang sebenarnya…kesimpulannya kuih ni memang  best dan confirm digemari ramai…



RESEPI  ROTI SOSEJ GULUNG

Bahan-bahannya

1 paket  kecil  roti gardenia
1 paket sosej
 3 biji telur dipukul dan masukkan secubit garam

Cara membuatnya

Roti tu dipotong  tepi yang keras2 tu.
Roti dilenyek2 hingga rata (aku guna gelas aje)
Lepas tu masukkan sosej dan gulung kemas-kemas.
Di hujung roti tu sapukan sedikit  telur..bagi dia lekat.
Lepas tu  potong dua.Celupkan dalam telur .Goreng dengan minyak banyak.Angkat
Toskan dan hidangkan dengan salad,tomato dan sos cili serta mayonis.


RESEPI KUIH BIPANG


Resepi  asal ni aku dapat dari Mak Usu ..dia memang bisnes buat kuih ni..tapi sekarang dia dah pencen..tak larat dah…Masa Mak Usu sihat dulu, dia boleh buat kuih ni sampai berpuluh-puluh kilo setiap kali menjelang raya.Teringat masa aku belajar kuih ni,kebetulan dia tengah siapkan tempahan orang pada hari raya masa kami menziarah dia..jadi sempatlah aku belajar resepi ni..

Bahan-bahannya
¾ cawan gula pasir
¾ cawan kacang tanah(disangai tanpa minyak lepas tu tumbuk2 sikit lebih kurang ¾ hancur)
Bijan secukupnya disangai 

Cara membuatnya
1.Ambil plastic tebal /aluminium foil dan tburkan bijan di atasnya.Biarkan sebentar
2.Sementara itu,  masukkan gula pasir dalam kuali. Biar dia cair dan agak coklat sikit(pastikan api kecil aje)
3. Masukkan kacang tumbuk tadi
4.Gaul-gaulkan hingga rata
5. Tuangkan atas bijan tadi dan ratakan (kena buat dengan pantas sebab gula ni cepat beku dan
keras)Tabur sedikit lagi bijan di bahagian atas.
6.Lepas tu potong kecil-kecil anggaran 1.5 cm lebar dan panjang dalam 6 cm.
Simpan dalam bekas kedap udara.

Friday, 7 December 2012

BAHASA ORANG JOHOR





JOHO - JOHOR
Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Selipor – selipar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar
Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Pasor – pasar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
pestol – pistol
Hangen – angin
Ngeteh – Minum air di kedai
Air Tawo – Air Tawar
Jajan – Makanan Ringan
Pasor Lambak – Pasar Malam
Langgor - langgar
Bangku - kerusi
Cenggini - Macam Ini
Cenggitu - Macam Itu
Air Jarang - Air Masak
Leca - Tilam
Epok2 - Karipap
Bak - Bawa
Bubuh - Letak
Endut - Pakwe/Makwe
Jerang - Masak Air
Kokang - Gigit
Meh - Mari
Membeser - Kencing
Nonong - Bersahaja
Terple'ot - Terkehel
Rewang - Kenduri
Leceh - Lambat
Saing - Bersama Sama
Noh - Benar
Piuk - Periuk
Ngeteh - Minum Teh
Kememey / Gembeng - Kuat Nangis
Sangap - Menguap
Godek - Kacau
Kopek - Kupas
Berlengeng - Tak Pakai Baju
Mentel - Ngada ngada
Kak Nam - Penyebok
Pengkoh - Baling/Tendang Tak Tepat
Taruk - Letak
Pakkal - Nasib baiklah
Ekk !! - !!!!!
Anu -____ (bukan perkataan lucah!!)
Sarap - sarapan
Dedes - hiris
Bengal - sakit kepala@pening
Bingai - ala bodoh
Surat kabo - surat khabar
Camce - sudu kecil
Siot - seakan sial
Singai - mcm sengal gak la
Bengap - bongok
Peel - perangai
Selenge - skema
Pijor - kebas
Sangap - mnguap
Koreng - comot
Pokok ari - cuaca
gohet - kehadapan
gostan - kebelakang
stemet - jimat
meh - mari
bela - baiki
ungkal - degil
ngelat - tipu
jalan tegak - jalan lurus
ejos - ekzos
koreng - kotor
jamni - skg ni
garit - calar

Tuesday, 4 December 2012

MEMBINA IMPIAN


Langkah 1 : Tuliskan Impian Anda dalam secarik Kertas.
Tuliskan semua apa yang ingin anda capai dalam 5 thn mendatang. Semasa anda  menulis, jangan batasi fikiran anda, apapun yang terlintas di dalam fikiran anda yang ingin anda capai, tuliskan !
Pada saat anda menuliskan Impian anda, pada saat itulah anda mengaktifkannya dalam fikiran bawah sedar anda. So tuliskan apa yang ingin anda capai, Anda ingin menjadi apa 5 thn yang akan datang, pola kehidupan seperti apa yang ingin Anda nikmati, Anda ingin travelling ke mana saja, dll

Paul Meyer pendiri SMI (Success Motivation Institute) mengatakan : "Jika Anda tidak puas dengan pola kehidupan anda sekarang, itu disebabkan anda belum menulis dengan jelas impian di otak Anda."


Langkah 2  : Jadikan Impian Anda dalam bentuk gambar.
Fikiran Bawah sedar kita akan lebih mudah menerima gambar dari pada tulisan, so kita harus mencari gambar / foto semua impian kita. Supaya lebih mudah kita gambarkan dalam fikiran bawah sedar kita.
Mempunyai Impian saja tidak cukup, Anda harus tau langkah-langkah bagaimana mewujudkannya, dan langkah kedua ini adalah langkah yang sering ditempuhi, pastikan anda melakukannya.
Cari semua gambar impian anda dan buat PAPAN IMPIAN anda, kemudian tampalkan semua gambar impian yang ingin anda capai.


Langkah 3 : Visualisasikan Impian Anda.

Setiap hari, pagi dan malam anda harus visualisasikan impian anda, bayangkan dan rasakan semua impian sudah jadi kenyataan dan mengucap syukur atas semua impian Anda, gambarkan dengan jelas dalam fikiran anda bahawa semua impian sudah wujud di depan anda dan sedang anda nikmati, rasakan bagimana perasaan anda ?

Ingat, fikiran bawah sedar kita tidak boleh  membezakan mana yang realiti dan mana yang imaginasi... Tetapi ketika fikiran bawah sedar kita sudah menerima itu sebagai suatu kenyataan, maka ia akan menarik segala sumber untuk mewujudkannya.

Napoleon Hill mengatakan : “Apapun yang boleh dibayangkan dengan jelas dan diyakini oleh fikiran kita, maka hal itu pasti dapat dicapai.”

Langkah 4 : Membuat rencana tindakan (Action Plan) dan selalu memperbaikinya.

Dengan Action Plan yang jelas dan sempurna, plus tindakan yang efisyen dan efektif, maka impian anda pasti tercapai

"Untuk memastikan Impian jadi nyata. Anda harus memiliki satu rencana tindakan yang realistis dan terlaksana." --Zig Ziglar

Anda juga harus membuat analisa atas tindakan-tindakan anda selama ini. Jika ada halangan yang kurang baik dan tidak sesuai dengan rencana awal Anda, buatlah penyesuaian.

Langkah 5: Take Massive Action!

Lakukan action besar-besaran sampai impian anda menjadi kenyataan. Jika Anda ingin wujudkan impian anda. Satu hal yang pasti adalah anda harus bertindak habis-habisan sampai impian anda benar-benar jadi kenyataan,

Sekarang, bangun dari tempat duduk Anda, kejar impian anda dan raihlah semua obsesimu. 

Action is Power! kerana ketika anda bertindak, maka semua kesempatan dan kemungkinan itu akan jadi nyata.

"All our dreans can come true, if we have the courage to pursue them." --Walt Disney







TIPS MENCAPAI MATLAMAT


Tip 1. Tulis Matlamat Di Atas Kertas
Saya sarankan anda menulis matlamat di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih memberikan kesan psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding perkataan daripada komputer.
Jika anda suka kepada kepelbagaian warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi masing-masing. Lebih cantik matlamat tersebut, lebih senang untuk anda mengingatinya.

Tip 2. Letakkan Matlamat Di Tempat Mudah Di Lihat
Saya sentiasa sediakan satu papan khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut sebagai PAPAN IMPIAN. Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan terasa satu kehilangan yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada segala apa yang saya lakukan.
Anda boleh guna white board atau manila kad sebagai salah satu pilihan alternatif.

Tip 3. Baca Dan Ulang Matlamat Tersebut Berulang Kali
Saya akan pastikan matlmat yang saya tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap kali membacanya, saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya bahawa matlamat tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih kreatif setiap kali anda membaca matlamat tersebut.

Tip 4. Beritahu Orang Lain Matlamat Tersebut
Perkara paling sukar dan ternyata memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat kita kepada orang lain.
Kadang-kadang saya pun malu untuk nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat awam. Namun kini setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja memberitahu kepada orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.

Tip 5. Percaya 100% Matlamat Itu Akan Berjaya!
Perkara yang perlu menjadi perhatian penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa matlamat itu akan membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa matlamat tersebut seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati kerana sikap berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda mengecapi kejayaan.

Tip 6. Fast Action!
Ini adalah perkara yang paling mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat sudah tersergam indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak bertindak pantas untuk merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak mempunyai matlamat langsung.

Anda wajib bertanggungjawab penuh terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan. 




# Walaubagaimana pun harus diingatkan kita sebagai manusia, meletakkan matlamat yang jelas & berusaha bersungguh2, selebihnya serahkan kepada Allah..


Afiq



Inilah putera bongsuku…kelahirannya di Hospital Batu Pahat..disaksikan suamiku...

Sejak kecil lagi amat berdikari dan tegas sifatnya...  Sejak bayi dia cuba nak makan sendiri..tak suka bersuap...habis bersepah pun takpa janji dia nak suap sendiri...



Pada hari pertama sekolah umur dia empat tahun lagi dia dah tunjuk berani jalan ke sekolah tadika pun sendiri taknak pimpin-pimpin dah..tak macho kot...



Masa umur dia dua tahun anak aku ni masih belum pandai bercakap...dia faham semua benda tapi taknak bercakap langsung...kalau suruh buat apa2 dia tahu..aku punyalah risau..mana taknya sepupu2 dia yang sebaya semua dah petah bercakap...last2 dah lepas dua tahun tu baru la dia bercakap..terus takda pelat2...rupa2nya dia ni banyak fikir kot malas nak cakap...



Sejak kecil dia paling suka buku... Kalau menangis bacakan buku terus diam. Masa dia tadika pra sekolah enam tahun  tiap hari wajib baca suratkhabar...ruangan sukan tulah yang dicari.. Favorite dia sampai sekarang pun baca buku.... buku yang dia minat tentang pejuang2 Islam dan buku-buku yang tebal2 tu. 

Wataknya amat matang…masa umur empat tahun dia dah pandai tengok peta…pernah kami travel ke Penang..anak aku ni pegang peta kat tangan..dan jari dia ikut jalan kat peta Malaysia tu dan mulut tak berhenti  tanya itu ini....sekarang kita kat mana ni….


Hobi dia macam abangnya jugak..segala jenis sukan semua dia masuk..wakil sekolah pertandingan itu pertandingan ini…sampaikan dah dekat nak UPSR bulan Jun pun masih lagi sibuk sukan...risau juga tapi aku yakin dia tak mengabaikan pelajarannya…


Tapi masih kanak2 bila tengok dia punya favorite TV ... cerita kartun siang malam..haha…

Sekarang ni anak aku Form 1 di SMAP Labu Negeri Sembilan…Mudah2an Afiq Berjaya cemerlang dunia akhirat…amiinn…



Aiman



Anak ketiga ku lelaki…Saat kelahirannya penuh dugaan…hampir 24 jam aku bertarung nyawa…rupa2nya nak dapat khalifah…

Anak lelaki sulung ini dilahirkan pada anniversary ke  5 aku dan suami. ..kiranya hadiah Allah sempena ulangtahun perkahwinanlah.

Nama yang dipilih Muhammad Aiman… anak ketiga aku ni memang tak banyak ragam ..paling senang menjaganya… Aiman tak kisah…begitulah sifatnya…Umur baru 10 bulan dah pandai berjalan..tangannya mendepa nak imbangkan badan…

 Sejak kecil lagi paling minat matematik. Kalau ke kedai aku selalu suruh dia congak berapa ringgit barang yang aku beli..dia memang otak matematik.

Kami tinggal di kampung..prinsip suami aku dia nak anak lelaki dia rasa kehidupan kampung betul2…jadi anak aku ni memang terer mandi sungai, terjun parit, memancing ikan dan semua aktiviti anak kampung pasti dia join…

Kalau di sekolah acara sukan sebut aje apa jenis sukan semua dia masuk…sampai sekolah menengah pun sama hingga aku  naik risau takut pelajarannya terabai.

Alhamdulillah..anak aku ni sangat taat orangnya…tak pernah membantah kalau disuruh..sejak kecil hingga kini…suruh apa pun dia tak kisah…dia tetap akan buat…kat rumah ni dia lah tukang karut suka melawak..

Kini anak teruna aku ni melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Mesir…cita2nya nak menjadi doktor bertakwa dan hafiz alQuran… inshaAllah…ibu sentiasa doakan kejayaan Aiman…



Angah


Puteri keduaku ini…lahir di Hospital Batu Pahat. Saat mengandungkannya aku tiada alahan.. kelahirannya pada Subuh tatkala azan berkumandang…Nama Amira Amalina kupilih untuk puteriku ini.

Sejak kecil sifatnya manja dan semua kena ikut kehendaknya…tiap-tiap hari sebelum tidur suami aku mesti kena garukan kaki dia..kalau tak.. dia takleh tidur..kalau sambil menggaru suami aku terlelap….tahu pulak tu..dia menangis suruh garu jugak..
Masa Tahun Satu  ada pertandingan merentas desa..terkejut juga sekali tengok anak aku ni dapat tempat kedua..merah padam muka dia berlari…tapi bila dah besar dia taknak masuk acara sukan lasak2..malas katanya….lagi pun anak dara aku ni suka melawa..nanti kalau berpeluh2 dia tak suka…tak cun kot…

Favorite dia tentulah posing..bergambar…klik..klik…dalam 5 minit aje dah berpuluh keping gambar dia…

Dulu-dulu aku selalu ingat dia ni pendiam sebab kalau dalam kereta..senyap aje..tak dengar suara..bila dah sekolah menengah baru aku tahu rupa2nya dia ni minah kepoh jugak..kawan-kawannya ramai betul…macam adik-beradik belaka…seronok juga ada ramai kawan sehati sejiwa..

Sekarang puteri kedua ku melanjutkan pelajaran di  Universiti Islam Antarabangsa…hobi dia balik kampung tiap-tiap minggu…sejak di sekolah menengah lagi dia tinggal di asrama..kalau boleh dia nak balik tiap minggu..dan masa hantar balik ke asrama aku tak boleh tak ikut wajib kena hantar dia kalau tak hantar…sedih betul dia…

Alhamdulillah…puteriku ini semakin matang meniti hari…aku sebagai ibu sentiasa mendoakan kejayaan  Angah…



Kak Yong


Lahir di Hospital Muar..anak sulung aku ni perempuan…Alhamdulillah… Masa mengandung aku betul2 lemah…sampai  dah nak besalin pun masih muntah2..anak aku ni  sejak bayi lagi memang  suara dia power…ingat lagi masa hari pertama dia lahir aku bermalam di hospital keesokannya baru boleh keluar wad…malam tu dia menangis punyalah kuat..menjerit nyaring sampai nurse2 yg tgh tidur semua berlari2 cari dia dan tanya "kenapa ni..kenapa ni.." Semuanya panik..aku lagi la panik…anak sulungla katakan..mana la aku tau kenapa dia nangis…last2 rupa2nya lampin basah…aduh..

Anak aku ni…baru dua bulan lebih dia dah meniarap..tiap2 hari suami aku latih dia…haha..excited anak sulung…

..Sepuluh bulan dah pandai bercakap sikit2 la…sebelas bulan dah jalan..sambut birthday pertama dah lari-lari anak.

Anak aku ni Amira Afiqah namanya..sejak kecil lagi memang paling suka bercakap,menyanyi dan selalu kena suruh buat persembahan pentas..haha..macam-macam lagu kanak-kanak dia pandai..sangat berani tampil di khalayak..ingat lagi masa masuk tadika lima tahun hari pertama  sekolah…cikgu dia tanya siapa nak nyanyi kat depan dia volunteer dan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star…dengan gaya tangan sekali..haha…

Bila masuk darjah satu dia terpilih wakil sekolah  bercerita Bahasa Inggeris tahap 1 dan dia jadi johan…wakil zon Senggarang ke peringkat daerah..terima kasih kat cikgu Ismauddin yang banyak membimbing…

Bila dah makin besar, makin banyak pertandingan yang disertai..BM,BI,Agama,KT semua lah..daya ingatan puteri aku ni kuat…kadang-kadang tu baru dapat teks sehari dia dah boleh hafal…aku ni kira macam manager dia la..tukang latih kat rumah…

 Alhamdulillah..bakat tu diteruskan lagi sampai kini.. dia menjadi pendidik jugak..mengikut jejak langkah ibu abah ..Alhamdulillah ya Allah…



Suamiku



Insan yang bertakhta di hati ini..aduh sungguh cool orangnya..lembut bicaranya..penyabar dan santun..memang suami ideallah kata orang …Marzuki Mahbob yang kukenali seawal memasuki MPTI tahun  1985 dulu..tapi  kami hanya rakan sekuliah sekelas selama tiga tahun...takada apa-apa perasaan pun..kadang-kadang aku pun terlupa nama dia..sebab dia ni ada kawan yang lebih kurang sama tinggi dan rupa pun seiras (suami aku hensem sikit la..hihi) pergi mana pun berdua…. Maarof  namanya.. . selalu aku tanya,

“Ko ni Marzuki ke Maarof ye..”

At last agaknya jodoh kami kuat…kami ditempatkan praktikal 6 bulan di sekolah yang sama…SK Ulu Tiram…di sinilah segalanya bermula…haha..itupun bila dah nak habis praktikal ..kalu tak silap lagi seminggu nak habis praktikal dan kira dah habis belajar di MPTI lah ni… baru la cinta bersemi… dia bagi aku hadiah sempena birthday ke 21 …sekuntum bunga ros kuning dan sekeping kad …dan hasrat untuk kenal lebih rapat..

Sahabat-sahabat semua terkejut… mana taknya takde angin takde ribut tiba-tiba aku dan dia ada apa-apa.…semua menyakat CINTA BERPUTIK DI HUJUNG MUSIM..haha  aku  pun tak tahu tiba-tiba hati aku terbuka pula ..sahabat-sahabat ada yang sponsor kek ada yang buat pulut kunig…semua suka sebab tak pernah menyangka …kiranya semua merestui la tu…

..Alhamdulillah..hingga kini akulah wanita paling bahagia..terima  kasih Ya Allah atas jodoh yang kau kurniakan untukku…