Tuesday 4 December 2012

Angah


Puteri keduaku ini…lahir di Hospital Batu Pahat. Saat mengandungkannya aku tiada alahan.. kelahirannya pada Subuh tatkala azan berkumandang…Nama Amira Amalina kupilih untuk puteriku ini.

Sejak kecil sifatnya manja dan semua kena ikut kehendaknya…tiap-tiap hari sebelum tidur suami aku mesti kena garukan kaki dia..kalau tak.. dia takleh tidur..kalau sambil menggaru suami aku terlelap….tahu pulak tu..dia menangis suruh garu jugak..
Masa Tahun Satu  ada pertandingan merentas desa..terkejut juga sekali tengok anak aku ni dapat tempat kedua..merah padam muka dia berlari…tapi bila dah besar dia taknak masuk acara sukan lasak2..malas katanya….lagi pun anak dara aku ni suka melawa..nanti kalau berpeluh2 dia tak suka…tak cun kot…

Favorite dia tentulah posing..bergambar…klik..klik…dalam 5 minit aje dah berpuluh keping gambar dia…

Dulu-dulu aku selalu ingat dia ni pendiam sebab kalau dalam kereta..senyap aje..tak dengar suara..bila dah sekolah menengah baru aku tahu rupa2nya dia ni minah kepoh jugak..kawan-kawannya ramai betul…macam adik-beradik belaka…seronok juga ada ramai kawan sehati sejiwa..

Sekarang puteri kedua ku melanjutkan pelajaran di  Universiti Islam Antarabangsa…hobi dia balik kampung tiap-tiap minggu…sejak di sekolah menengah lagi dia tinggal di asrama..kalau boleh dia nak balik tiap minggu..dan masa hantar balik ke asrama aku tak boleh tak ikut wajib kena hantar dia kalau tak hantar…sedih betul dia…

Alhamdulillah…puteriku ini semakin matang meniti hari…aku sebagai ibu sentiasa mendoakan kejayaan  Angah…



No comments:

Post a Comment