Tuesday 4 December 2012

MEMBINA IMPIAN


Langkah 1 : Tuliskan Impian Anda dalam secarik Kertas.
Tuliskan semua apa yang ingin anda capai dalam 5 thn mendatang. Semasa anda  menulis, jangan batasi fikiran anda, apapun yang terlintas di dalam fikiran anda yang ingin anda capai, tuliskan !
Pada saat anda menuliskan Impian anda, pada saat itulah anda mengaktifkannya dalam fikiran bawah sedar anda. So tuliskan apa yang ingin anda capai, Anda ingin menjadi apa 5 thn yang akan datang, pola kehidupan seperti apa yang ingin Anda nikmati, Anda ingin travelling ke mana saja, dll

Paul Meyer pendiri SMI (Success Motivation Institute) mengatakan : "Jika Anda tidak puas dengan pola kehidupan anda sekarang, itu disebabkan anda belum menulis dengan jelas impian di otak Anda."


Langkah 2  : Jadikan Impian Anda dalam bentuk gambar.
Fikiran Bawah sedar kita akan lebih mudah menerima gambar dari pada tulisan, so kita harus mencari gambar / foto semua impian kita. Supaya lebih mudah kita gambarkan dalam fikiran bawah sedar kita.
Mempunyai Impian saja tidak cukup, Anda harus tau langkah-langkah bagaimana mewujudkannya, dan langkah kedua ini adalah langkah yang sering ditempuhi, pastikan anda melakukannya.
Cari semua gambar impian anda dan buat PAPAN IMPIAN anda, kemudian tampalkan semua gambar impian yang ingin anda capai.


Langkah 3 : Visualisasikan Impian Anda.

Setiap hari, pagi dan malam anda harus visualisasikan impian anda, bayangkan dan rasakan semua impian sudah jadi kenyataan dan mengucap syukur atas semua impian Anda, gambarkan dengan jelas dalam fikiran anda bahawa semua impian sudah wujud di depan anda dan sedang anda nikmati, rasakan bagimana perasaan anda ?

Ingat, fikiran bawah sedar kita tidak boleh  membezakan mana yang realiti dan mana yang imaginasi... Tetapi ketika fikiran bawah sedar kita sudah menerima itu sebagai suatu kenyataan, maka ia akan menarik segala sumber untuk mewujudkannya.

Napoleon Hill mengatakan : “Apapun yang boleh dibayangkan dengan jelas dan diyakini oleh fikiran kita, maka hal itu pasti dapat dicapai.”

Langkah 4 : Membuat rencana tindakan (Action Plan) dan selalu memperbaikinya.

Dengan Action Plan yang jelas dan sempurna, plus tindakan yang efisyen dan efektif, maka impian anda pasti tercapai

"Untuk memastikan Impian jadi nyata. Anda harus memiliki satu rencana tindakan yang realistis dan terlaksana." --Zig Ziglar

Anda juga harus membuat analisa atas tindakan-tindakan anda selama ini. Jika ada halangan yang kurang baik dan tidak sesuai dengan rencana awal Anda, buatlah penyesuaian.

Langkah 5: Take Massive Action!

Lakukan action besar-besaran sampai impian anda menjadi kenyataan. Jika Anda ingin wujudkan impian anda. Satu hal yang pasti adalah anda harus bertindak habis-habisan sampai impian anda benar-benar jadi kenyataan,

Sekarang, bangun dari tempat duduk Anda, kejar impian anda dan raihlah semua obsesimu. 

Action is Power! kerana ketika anda bertindak, maka semua kesempatan dan kemungkinan itu akan jadi nyata.

"All our dreans can come true, if we have the courage to pursue them." --Walt Disney







1 comment: