Saturday 31 August 2013

KEK PANDAN

Bahan A

10 helai daun pandan              
1/2 biji kelapa  
satu cawan air

1.Kisar bahan A dan tapis (jadikan satu cawan santan pandan)
Masak hingga pecah minyak
Sejukkan

2.Pukul 2 cawan gula dan 5 biji  telur hingga kembang
3.Masukkan 2 cawan tepung gandum dan bahan A.
4.Masukkan baking powder 3 camca teh
Kacau sebati dan masukkan dalam acuan kek.
Bakar setengah jam.

Monday 19 August 2013

SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MULIA
SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN
2013

Nama :  ______________________________________                    Kelas  :   __________________

A.      Pilih jawapan yang betul.

1.       Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita
A.      Tunku Abdul Rahman
B.      Tun Abdul Razak
C.      Tun Hussein Onn
D.      Tun Dr Mahathir

2.       Bilakah Negara kita merdeka?
A.      1957
B.      1963
C.      1956
D.      1958

3.       Tahun ini merupakah tahun kemerdekaan Malaysia yang ke……
A.      55 tahun
B.      56 tahun
C.      54 tahun
D.      50 tahun

4.       Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna
A.      Merah putih
B.      Merah biriu
C.      Biru kuning
D.      Biru Merah

5.       Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada..
A.      1957
B.      1959
C.      1963
D.      1960




6.       Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia sekarang?
A.      Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
B.      Tun Dr Mahathir bin Mohamad
C.      Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak
D.      Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

7.        Apakah gelaran yang merujuk kepada Negeri Johor?
A.      Darul Khusus
B.      Darul Makmur
C.      Darul Takzim
D.      Darul Ehsan

8.       Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke……………..
A.      Dua
B.      Tiga
C.    Enam
D.    Ketiga

9.       Pilih pasangan  negeri dan ibu negeri yang SALAH
A.      Johor - Johor Bahru
B.      Terengganu- Kuala Terengganu
C.      Negeri Sembilan – Seremban
D.      Kelantan – Kuantan

10.   Kenyataan berikut adalah benar KECUALI
A.      Sari  -  India
B.      Sinuangga - Iban
C.      Kelambi - Iban
D.      Dhoti – India

11.   Namakan tasik yang terkenal dengan mitos naga di negeri Pahang
A.      Tasik Cina
B.      Tasik Cini
C.      Tasik Banding
D.      Tasik Merdeka

12.   Malaysia mempunyai  ……. buah negeri.
A.      13
B.      14
C.      12
D.      15



13.   Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
A.      Jalur Gemilang
B.      Jalur Lebar
C.      Harimau Malaya
D.      Harimau Selatan

14.    Taman Mini Malaysia terletak di negeri….
A.      Terengganu
B.      Pulau Pinang
C.      Melaka
D.      Perak

15.   Sungai terpanjang di Malaysia ialah
A.      Sungai Pahang
B.      Sungai Kinabatangan
C.      Sungai Muar
D.      Sungai Rejang

B. Senaraikan gelaran bagi negeri-negeri di Malaysia
Bil.
Nama Negeri
Gelaran

1.
Selangor


2.
Johor


3.
Kelantan


4.
Terengganu


5.
Kedah


6.
Perak


7.
Pahang


8.
Negeri Sembilan


9.
Melaka


10.
Pulau Pinang


11.
Perlis


12.
Sarawak


13.
Sabah





Sunday 14 April 2013

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG 2013

Suasana di semua sekolah di negeri Johor begitu kecoh...
Semua guru dan staf sekolah sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala dokumen untuk menyambut ketibaan pegawai JPN dan PPD yang akan memantau semua sekolah bermula awal April.

Semua fail dibongkar untuk memastikan segalanya rapi dan memenuhi kehendak pemantau..
ada pelbagai item yang dinilai....antaranya
pemantauan pengurusaan pembelajaran dan pengajaran,
semakan dokumen pengurusan sekolah,
pengurusan pejabat
pengurusan kurikulum
pengurusan sumber pendidikan
pengurusan kokurikulum
pengurusan hal ehwal murid

Itu baru tajuk besarnya.. sub itemnya lagilah banyak,.244 item...semua kena lengkap dan terkini..
guru2 semua kena bersedia untuk pemantauan pnp di bilik darjah jugak..
selain tu..ada jugak pembentangan profil sekolah..
keadaan dan budaya sekolah pun kena jaga..perjalanan perhimpunan, pertukaran guru dll..

Aku pun tak ketinggalan bertungkus-lumus menyiapkan fail2 yang bertimbun-timbun..sampai pening lalat dibuatnya. Di rumah komputer sentiasa ON dan printer tak berhenti print itu ini..

In sha Allah segalanya bakal tersedia untuk dipantau...

Thursday 28 March 2013

TIPS DAN INFO DIET SIHAT

KREDIT UTK ADIK AKU-MARYAM ATAN atas info yg amat baik dikongsi dan boleh diamalkan untuk kesihatan optimum.

Info ttg diet dari Redza Abd Rahman- Pakar pemakanan (boleh add di fb). Ada bagi talk utk staf MRSM Muar 16 Mac 2013 yg lepas. 

Beliau tlh disahkan kena kanser tahap 4, tapi selepas mengamalkan pemakanan sunnah, beliau telah kembali sihat dan boleh memberikan ceramah. 

"WE ARE WHAT WE DIGEST" - Take nutrition seriously

TIPS AND TRICKS: RASULULLAH DIET
Rule 1- HALAL & THAYYIB (Al-Baqarah : 168)
Rule 2- JANGAN BERLEBIHAN (Al-A'raf :31)
Rule 3- PERHATIKAN MAKANAN (Surah Abasa : 24)

BANYAK TIPS, DIANTARANYA:

1. Kalau boleh tukar makanan berwarna putih kepada warna perang(brown) i.e bancuh air guna brown sugar, beli roti perang, beras perang dan tepung perang (jenis Faiza) sebab tiada peluntur. 
2. Jika tak nak guna beras perang (harga mahal sikit), masak beras biasa tapi guna teknik 'buang yang keruh'. Cara: basuh beras mcm biasa, tanak nasi..bila dah nak didih, buang air yg keruh tu ganti air filter yg baru, biarkan lagi sampai nasi didih. 
3. Untuk menumis- sila gunakan minyak sayuran, menggoreng (deep fry)- guna minyak kelapa sawit: jgn guna minyak jagung
4. Singkirkan brg2 ni dari dapur anda : gula putih., susu pekat, roti putih, marjarin (gunakan butter)
5. Elakkan guna brg yg ada label; Paraben (punca cancer)..jgn ambil pil kalsium kecuali jika ada patah tulang, pregnant, menopause
6. Sumber utama kalsium - daun kari..buat ulam. 1 daun kari = 2 gelas susu, atau ikan bilis
7. Boleh cuba amalkan : secubit habbatussauda dan 1 sudu minyak zaitun dimakan setiap hari
8. Kalau nak makan kolagen - pastikan ada tulis Hydrolaze Collagen yg boleh diserap.
Jika masih muda remaja dan kulit masih tegang, tak perlu makan kolagen sebab nanti otak akan hntar signal spya kurangkan pengeluaran kolagen secara semulajadi.
9. Pigmentation- Amalkan vitamin C . Kalau ada gastrik - ambil calcium ascorbate tapi kalau normal - ascorbic acid
10. Vitamin E- Kulit gebu, wow!

LAGI-LAGI TIPS:

1. SUNNAH TECHNIQUE - Cth: makan kna kunyah smpai hancur(rasa manis- enzim amilase dirembeskan utk digest carbohydrate), makan duduk, baca doa sebelum mkn, guna tgn. etc
2. PERUT - gudang segala penyakit. 75% imune system diperut. The secret -makan 'nata-de coco' + yakult. "MAKAN APABILA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG"
3. NATURAL - makan yg asli, cth. makan buah lbh baik dari minum jus buah, MADU ASLI MEMANG YANG TERBAEK + HABBATUSSAUDA

WATER DIET THERAPY:-
Selepas bangun tidur, jgn gosok gigi dulu tapi terus minum air sejuk segelas ( tapi bukan yg disimpan dlm fridge)..pastikan malam sebelum tidur gosok gigi dulu la..Amalkan selama sebulan boleh kurang berat badan 3-4 kg

HUNGER VS APPETITE
Hunger - a need for food
Appetite - a desire for food
Kalau kita rasa lapar, minum air segelas. Kalau masih lapar bolehla makan. Tapi kalau lepas minum air, perut terasa kenyang maknanya tu cuma appetite, jgn la makan pulak..Cuba la tips ni.

Kalau ditempat air-cond- setiap 15 minit minum seteguk air..

SEKIAN. MANA YANG BAIK BOLEH DIAMALKAN..MUDA-MUDAHAN TIPS INI DAPAT MEMBANTU KITA SIHAT DAN CERGAS..

Sunday 10 March 2013

AMALAN KETIKA MENERIMA REZEKI ATAU MENGELUARKAN WANG


Alhamdulillah, pada pagi Ahad yg lepas seorang ustaz (Tuan Hj Jalil) telah bermurah hati berkongsi dengan ahli jemaah di Masjid Rengit tentang satu amalan yang amat baik diamalkan bagi setiap mukmin. Menurut beliau, beliau sendiri telah mengamalkan ayat ini iaitu SURAH  AS-SOD AYAT 54 dan banyak keajaiban yang berlaku(semuanya tidak mustahil kerana kuasa Allah yang maha luas) Sekiranya mendapat rezeki berupa wang, cek, orang belanja makan dll silalah baca ayat ini dan biasanya rezeki tidak akan putus kerana sentiasa    akan mencukupi dari pelbagai sumber. Begitu juga sekiranya kita mengeluarkan wang untuk apa-apa tujuan pun, silalah baca ayat ini.  Menurut beliau lagi, pernah sahabat beliau pergi menunaikan haji dengan percuma kerana mendapat penajaan tanpa disangka-sangka. Jom sama-sama kita amalkan...



Monday 25 February 2013

CERITA DI SUATU PAGI

Pada suatu pagi yang indah..zaman anak2 kecil2 dulu..semuanya masih bawah umur lagi...

Rutinku setiap pagi... bergegas menyiapkan keperluan anak2 untuk ke sekolah, pakaian, sarapan, dan semua kelengkapan..bila semua dah siap bergegas masuk kereta, hantar anak ke rumah pengasuh dan terus ke sekolah..busy dan mencabar sangat waktu tu...

Sampai di sebuah rumah di kanan jalan, ternampak seorang kawan sekampung sedang relaks2 kat tangga rumahnya..bersantai di pagi hari.

Aku cakap kat sang suami..bestnya jadi surirumah ye..tak payah penat2 pergi kerja..duduk kat rumah dan dapat duit..tak payah pening2 fikir pasal prestasi murid, peperiksaan, TOV, ada pemantauan , buat ABM dan entah apa2 lagi lah...

Sang suami hanya tersenyum..dan melontarkan kata2 yang membuatkan aku terfikir sejenak..

"....surirumah yang tak bekerja tu bila tengok cikgu pergi kerja..tentu dia berkata dalam hatinya..bestnya jadi cikgu... ada kerja...ada pendapatan sendiri...setiap hari dapat banyak pengalaman...dapat gaji tiap bulan, boleh pakai baju lawa2 ...tentu best kalau aku pun macam tu..."

Inilah lumrah manusia..kita telah dianugerahkan yang terbaik untuk diri kita..tapi kita selalu melihat kelebihan orang lain dan kurang mensyukuri apa yang kita ada .. sangat banyak yang Allah kurniakan untuk kita ..

Sekurang2nya peristiwa ini menjadi peringatan buat diriku yang selalu lupa...sentiasa bersyukur atas kurniaanNya...

Friday 22 February 2013

PETUA SIMPAN DUIT

Perkongsian oleh Jutawan Kosmetik Dato' Azlina Che Abdullah

Izinkan saya berkongsi satu cerita benar. Cerita ini berlaku sewaktu saya bekerja di sebuah pej guaman di Kota Bharu.
Suatu hari saya didatangi oleh seorang tua yg tiba2 ada di depan saya lalu berkata "Cik mahu tak rahsia supaya Cik tidak akan papa kedana sampai bila2". Saya pantas menjawab "nak..nak.." Lalu org tua itu meminta saya kuarkan dompet duit saya ... Dlm fikiran saya mula mengesyaki yg org tua ini mempunyai niat yg tidak bagus tp dlm masa yg sama hati saya berkata tak apa saya cuba memenuhi permintaan org tua itu.
Org tua itu senyum, seolah2 dia tahu apa ada dlm fikiran saya lalu berkata "Jgn bimbang, Pakcik tidak berniat jahat".
Apb melihat saya mengeluarkan dompet wang, pakcik itu terus bertanya berapakah duit yg ada. Hati saya berkata lagi.."Apakah maksud sbnr org tua ini". Saya jawab "Saya ni gadis miskin pakcik mana ada duit yg byk, dlm ni cuma ada RM10 jer, cukup utk tmbg balik & mkn saya hari ini".
Pakcik itu menyuruh saya mengambil 20% drp RM10 td bermakna RM2 harus saya keluarkan. Pakcik itu menyuruh saya melipat wang RM2 td & masukkan di celah dompet saya.
Inilah rahsia yg ingin pakcik sampaikan..."Insyaallah jika Cik amalkan ini sampai bila2 Cik tidak akn papa kedana".
Subhanallah Maha Suci Allah...saya amalkan rahsia menyimpan duit begitu sampai hari ini. Setiap hari saya akn mengambil 20% drp wang yang ada....melipat & menyelitnya di dlm dompet. Setiap bln apb saya keluarkan bkn ratus tersimpan malah ribuan ada di dlm selitan dompet. Setelah itu ambil & simpanlah dlm akaun simpanan.
Banyak membantu saya, krn kdg2 duit selitan itu membantu saya di saat saya kekeringan...
Silakan mencuba...pasti anda akn mengetahui rahmat & nikmatnya..
Mungkin ada di ant anda yg pernah hadir dlm seminar saya, pernah mendgr rahsia ini & tlh mencubanya...
Silakan berkongsi dgn cinta hati saya, apakah yg tlh anda alami.
..

Niatlah dgn duit selitan itu utk apa? Apakah utk mudahkan anda bersedekah, berzakat, atau utk bawa ibuayah anda mengerjakan Umrah/Haji...segalanya tergantung pd NIAT ikhlas anda. Percaya atau tidak, anda rasa tidak mampu agihkan ratusan ringgit sebulan utk menyimpan tetapi dgn amalan menyelit anda mampu pula mengumpul ratusan malah ribuan. Amalkan setiap hari menyelit...brape shj yg anda ada di dalam dompet anda ambil 10-20% utk diselit. Satu keajaiban yg tidak anda ketahui bgmana duit anda boleh berganda....Allah jua yang Maha Mengetahui. Bergantung pd NIAT anda...)

Love u all.

Tuesday 12 February 2013

TETAMU DARI PERLIS



Makan angin di kebun nanas





          Lawatan ke ladang nanas Koperasi Jambi Indah

                                 
                                                                    Ladang Orkid



Menikmati kemanisan buah pulasan

              Hidangan yang segar.. air kelapa muda..orang sini
                         panggil "degan"




Roti home made

Meninjau makmal tisu kultur pisang

Koir Kampung Jambi 

                                                               Jamuan makan malam

                    Lambaian perpisahan..








                                    SUMBER: BLOG KG.SUNGAI JAMBI



SENAMAN 10 000 LANGKAH







SAMBUTAN MAULIDURRASUL RENGIT 2013

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT DAERAH KECIL RENGIT

Tahniah kampungku...  JOHAN PERARAKAN MAULIDURRASUL 2013

Pasukan dari Kampung Jambi

Peserta perarakan wanita

Baju oren pinang masak


Pasukan kompang



Di perkarangan masjid Rengit

  Dalam masjid Rengit



          SUMBER: BLOG KAMPUNG JAMBI

Wednesday 30 January 2013

KASUI KICAP

resepi ni aku dapat dari Tikah .Memang  sedap dan lembut..


BAHAN-BAHANNYA

**1 cawan gula melaka/gula merah
** 1 cawan gula pasir                  
bahan ** dan 5 cawan air dimasak hingga gula larut dan masukkan daun pandan
sejukkan.

2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung sagu(ubi)
1 sudu kapur
sedikit kicap(agak2 hitam)lebih kurang 2 sudu

CARA MEMBUATNYA

Campur semua dalam blender .Blend
Kukus hingga masak.
Taburkan sedikit kelapa parut.

APAM MEKAR ENO

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan nasi dan sedikit ragi( dijadikan tapai nasi - biarkan dalam bekas dua hari)
**kena siapkan awal
**Bila dah jadi tapai baru boleh buat adunan di bawah.

1 paket tepung beras
1 cawan tapai nasi
2 cawan gula pasir
4 cawan air
3 paket eno

CARA MEMBUATNYA
Kisar tapai dengan air
Masukkan semua bahan kering(kecuali eno)
Kacau hingga sebati
Perapkan 7 hingga 10 jam.
Masukkan 3 paket eno dan rata2kan,boleh letak warna yang disukai.
Bila dah naik,boleh dikukus sehingga masak.

AMALAN BAGI MENDAPAT RAHMAT DAN MATI SYAHID

ADAB DAN PETUA KETIKA MAKAN




Sunday 27 January 2013

AKU SEBAGAI KHALIFAH




Hadits Abdullah bin Umar ra. 


Bahwasanya Rasulullah saw bersabda: 

“Setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya. 


Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya. 


Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya. 


Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu. 


Seorang hamba adalah pemimpin terhadap harta benda tuannya, ia kan diminta pertanggungjawaban tentang harta tuannya. Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan semua akan diminta pertanggung jawaban tentang kepemimpinannya.




(Motivasi Pagi 23 Jan 2013)




DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah. 

Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa. 

Ya Allah,
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.
Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.