Tuesday 4 December 2012

Aiman



Anak ketiga ku lelaki…Saat kelahirannya penuh dugaan…hampir 24 jam aku bertarung nyawa…rupa2nya nak dapat khalifah…

Anak lelaki sulung ini dilahirkan pada anniversary ke  5 aku dan suami. ..kiranya hadiah Allah sempena ulangtahun perkahwinanlah.

Nama yang dipilih Muhammad Aiman… anak ketiga aku ni memang tak banyak ragam ..paling senang menjaganya… Aiman tak kisah…begitulah sifatnya…Umur baru 10 bulan dah pandai berjalan..tangannya mendepa nak imbangkan badan…

 Sejak kecil lagi paling minat matematik. Kalau ke kedai aku selalu suruh dia congak berapa ringgit barang yang aku beli..dia memang otak matematik.

Kami tinggal di kampung..prinsip suami aku dia nak anak lelaki dia rasa kehidupan kampung betul2…jadi anak aku ni memang terer mandi sungai, terjun parit, memancing ikan dan semua aktiviti anak kampung pasti dia join…

Kalau di sekolah acara sukan sebut aje apa jenis sukan semua dia masuk…sampai sekolah menengah pun sama hingga aku  naik risau takut pelajarannya terabai.

Alhamdulillah..anak aku ni sangat taat orangnya…tak pernah membantah kalau disuruh..sejak kecil hingga kini…suruh apa pun dia tak kisah…dia tetap akan buat…kat rumah ni dia lah tukang karut suka melawak..

Kini anak teruna aku ni melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Mesir…cita2nya nak menjadi doktor bertakwa dan hafiz alQuran… inshaAllah…ibu sentiasa doakan kejayaan Aiman…



No comments:

Post a Comment