Alhamdulillah...
Sampai juga ke detik tahun baru 2013...syukur tidak terhingga kerana dengan rahmatNya kita semua masih dapat bernafas di bumi Allah ini...
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang kulalui pada 2012...
Aku ingin kongsi pengalaman yang manis2 aje...yang pahit2 tu biar aku telan...mudah2an pada tahun baru 2013 kita semua akan terus melangkah dan semoga bertambah keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya..inshaAllah...
KENANGAN 2012
KERJAYA:
Kenangan manis tahun 2012 menjadi Setiausaha MSSC Senggarang banyak yg perlu dibereskan..(Kalau GB pengerusi MSSC , automatik GPK KOKU kena jadi setiausaha.....aduyai...sibuk sokmo...memang pening kepala...
Kenangan paling manis bila jadi Ketua Kontigen Zon Senggarang ke Kejohanan MSSD Batu Pahat dan berkat kerjasama semua jurulatih, peserta, capron , penaja2, GB2 dan guru2 akhirnya buat pertama kali dalam sejarah zon Senggarang berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah.
Zon Senggarang juga menang Olahragawati B12 ( puteri kesayangan sekolah saya ni) dan Olahragawan L10 dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas,6 pingat perak dan 3 gangsa...Alhamdulillah...terima kasih kepada semua rakan2..sweet memory betul...
Seorang murid sekolah aku Mahira Hanis terpilih mewakili Johor ke peringkat kebangsaan di Perlis, Alhamdulillah...
Kejohanan Bola Tampar MSSJ juga aku kena pergi di Kota Tinggi sebab ada murid sekolah aku terpilih mewakili daerah Batu Pahat..Alhamdulillah..juga mencatat sejarah sebab first time BP dapat masuk final dan dapat tempat kedua. Selalunya BP ialah pasukan belasahan..seronoknya bukan kepalang..(padahal takde buat apa pun tukang sorak aje..)
No comments:
Post a Comment