Tuesday 4 December 2012

Suamiku



Insan yang bertakhta di hati ini..aduh sungguh cool orangnya..lembut bicaranya..penyabar dan santun..memang suami ideallah kata orang …Marzuki Mahbob yang kukenali seawal memasuki MPTI tahun  1985 dulu..tapi  kami hanya rakan sekuliah sekelas selama tiga tahun...takada apa-apa perasaan pun..kadang-kadang aku pun terlupa nama dia..sebab dia ni ada kawan yang lebih kurang sama tinggi dan rupa pun seiras (suami aku hensem sikit la..hihi) pergi mana pun berdua…. Maarof  namanya.. . selalu aku tanya,

“Ko ni Marzuki ke Maarof ye..”

At last agaknya jodoh kami kuat…kami ditempatkan praktikal 6 bulan di sekolah yang sama…SK Ulu Tiram…di sinilah segalanya bermula…haha..itupun bila dah nak habis praktikal ..kalu tak silap lagi seminggu nak habis praktikal dan kira dah habis belajar di MPTI lah ni… baru la cinta bersemi… dia bagi aku hadiah sempena birthday ke 21 …sekuntum bunga ros kuning dan sekeping kad …dan hasrat untuk kenal lebih rapat..

Sahabat-sahabat semua terkejut… mana taknya takde angin takde ribut tiba-tiba aku dan dia ada apa-apa.…semua menyakat CINTA BERPUTIK DI HUJUNG MUSIM..haha  aku  pun tak tahu tiba-tiba hati aku terbuka pula ..sahabat-sahabat ada yang sponsor kek ada yang buat pulut kunig…semua suka sebab tak pernah menyangka …kiranya semua merestui la tu…

..Alhamdulillah..hingga kini akulah wanita paling bahagia..terima  kasih Ya Allah atas jodoh yang kau kurniakan untukku…










No comments:

Post a Comment