Sunday 10 March 2013

AMALAN KETIKA MENERIMA REZEKI ATAU MENGELUARKAN WANG


Alhamdulillah, pada pagi Ahad yg lepas seorang ustaz (Tuan Hj Jalil) telah bermurah hati berkongsi dengan ahli jemaah di Masjid Rengit tentang satu amalan yang amat baik diamalkan bagi setiap mukmin. Menurut beliau, beliau sendiri telah mengamalkan ayat ini iaitu SURAH  AS-SOD AYAT 54 dan banyak keajaiban yang berlaku(semuanya tidak mustahil kerana kuasa Allah yang maha luas) Sekiranya mendapat rezeki berupa wang, cek, orang belanja makan dll silalah baca ayat ini dan biasanya rezeki tidak akan putus kerana sentiasa    akan mencukupi dari pelbagai sumber. Begitu juga sekiranya kita mengeluarkan wang untuk apa-apa tujuan pun, silalah baca ayat ini.  Menurut beliau lagi, pernah sahabat beliau pergi menunaikan haji dengan percuma kerana mendapat penajaan tanpa disangka-sangka. Jom sama-sama kita amalkan...



1 comment:

  1. Tkasih atas perkongsian ini....baru pertama kali saya mengetahuinya

    ReplyDelete