resepi ni aku dapat dari Tikah .Memang sedap dan lembut..
BAHAN-BAHANNYA
**1 cawan gula melaka/gula merah
** 1 cawan gula pasir
bahan ** dan 5 cawan air dimasak hingga gula larut dan masukkan daun pandan
sejukkan.
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung sagu(ubi)
1 sudu kapur
sedikit kicap(agak2 hitam)lebih kurang 2 sudu
CARA MEMBUATNYA
Campur semua dalam blender .Blend
Kukus hingga masak.
Taburkan sedikit kelapa parut.
Wednesday, 30 January 2013
APAM MEKAR ENO
BAHAN-BAHANNYA
2 cawan nasi dan sedikit ragi( dijadikan tapai nasi - biarkan dalam bekas dua hari)
**kena siapkan awal
**Bila dah jadi tapai baru boleh buat adunan di bawah.
1 paket tepung beras
1 cawan tapai nasi
2 cawan gula pasir
4 cawan air
3 paket eno
CARA MEMBUATNYA
Kisar tapai dengan air
Masukkan semua bahan kering(kecuali eno)
Kacau hingga sebati
Perapkan 7 hingga 10 jam.
Masukkan 3 paket eno dan rata2kan,boleh letak warna yang disukai.
Bila dah naik,boleh dikukus sehingga masak.
2 cawan nasi dan sedikit ragi( dijadikan tapai nasi - biarkan dalam bekas dua hari)
**kena siapkan awal
**Bila dah jadi tapai baru boleh buat adunan di bawah.
1 paket tepung beras
1 cawan tapai nasi
2 cawan gula pasir
4 cawan air
3 paket eno
CARA MEMBUATNYA
Kisar tapai dengan air
Masukkan semua bahan kering(kecuali eno)
Kacau hingga sebati
Perapkan 7 hingga 10 jam.
Masukkan 3 paket eno dan rata2kan,boleh letak warna yang disukai.
Bila dah naik,boleh dikukus sehingga masak.
Sunday, 27 January 2013
AKU SEBAGAI KHALIFAH
Hadits Abdullah bin Umar ra.
Bahwasanya Rasulullah saw bersabda:
“Setiap kamu adalah pemimpin yang akan dimintai pertanggungjawaban atas kepemimpinannya.
Seorang amir yang mengurus keadaan rakyat adalah pemimpin. Ia akan dimintai pertanggungjawaban tentang rakyatnya.
Seorang laki-laki adalah pemimpin terhadap keluarganya di rumahnya.
Seorang wanita adalah pemimpin atas rumah suaminya. Ia akan diminta pertanggungjawaban tentang hal mereka itu.
DOA IBU BAPA UNTUK ANAK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami mohon keampunan
Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kau ampunkanlah dosa
kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara
kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin
dan muslimat.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Permudahkan urusan kami
di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa
bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya
Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah
yang diterima Mu.
Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Ikhlaskan hati anak
anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang
mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya
Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.
Ya Allah,
Kami mohon kepada Mu,
permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka
berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya
Allah.
Ya Allah,
Tidak lama lagi, anak
anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan peperiksaan-peperiksaan
lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam
peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.
Ya Allah,
Peliharalah kesihatan
anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan
ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab
soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab
soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan
sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Lembutkanlah hati
pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia
untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami. Tutuplah matanya
daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.
Ya Allah,
Berilah keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang
cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang
soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang
cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon
kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar
yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah
dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.
Ya Allah, jadikanlah
anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.
Ya Allah,
Apa yang kami doakan
ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini
juga untuk anak anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang
cemerlang di dunia dan di akhirat.
Ya Allah,
Sesungguhnya, anak kami inilah harapan
kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib
keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya
Allah.
Ya Allah,
Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya
Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami
ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan amalan
yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada
melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah
hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan
perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Allah,
Kami tidak mampu untuk mengawasi anak
anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah
penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka
untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada
berada di tempat tempat yang Engkau murkai.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Ya Allah,
Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini. Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.
Saturday, 26 January 2013
Thursday, 24 January 2013
DOA SUPAYA ALLAH MENCUKUPKAN KEPERLUAN DIRI DAN KELUARGA

Dipetik dari: Ustazah Bahyah Mahmood
RESEPI LAKSA JOHOR BEST
Resepi ni aku dapat dari anak saudaraku (Zuraidah ) dapat merasa laksa Johor paling sedap ni masa hari raya. Rasanya memang sedap..semua orang yang makan sampai bertambah2 ..paling mengejutkan tentu la suamiku yang tak minat laksa pun suka laksa ni...cayalahh...
BAHAN-BAHANNYA:
-ikan kembung
-serbuk kari
-bawang merah,putih,halia,kunyit & lada kering(di kisar)
-mee laksa
-santan
-kerisik
-asam keping
-bunga kantan
-daun kesum
HIASAN TAMBAHAN
sambal belacan-salad-taugeh-timun-bawang jepun-limau kasturi
CARA-CARA MEMBUATNYA
-Rebus ikan,asingkan isi kemudian di kisar.Jangan buang tulang,sebaliknya di kisar untuk dapatkan pes ikan.
-Tumis bahan yang d kisar tadi sampai naik bau dan kemudian masukkan kari dan serai sampai naik minyak.
-Masukkan isi ikan,pes ikan dan biarkan mendidih.
-Masukkan juga daun kesum,bunga kantan,asam keping,kerisik dan akhir sekali santan.
-Biar sampai mendidih,masukkan bahan perasa.
-Jangan lupa letak hiasan di atas mee laksa.
-Tumis bahan yang d kisar tadi sampai naik bau dan kemudian masukkan kari dan serai sampai naik minyak.
-Masukkan isi ikan,pes ikan dan biarkan mendidih.
-Masukkan juga daun kesum,bunga kantan,asam keping,kerisik dan akhir sekali santan.
-Biar sampai mendidih,masukkan bahan perasa.
-Jangan lupa letak hiasan di atas mee laksa.
-SIAP UNTUK DI HIDANG.....:)-
Saturday, 19 January 2013
ABAH YANG ROMANTIK
Di masa mudanya, abah telah hidup sebatang kara.adik beradik abah seramai sembilan orang ..tujuh orang adik-beradik abah meninggal semasa kecil.Ibu dan bapanya pun pergi seawal abah masih kanak2 lagi. Adik perempuan abah tinggal dengan saudara dan abah pula tinggal dengan ibu saudara..Sedih perjalanan hidup abah.
Bertemu jodoh dengan emak, setelah abah menduda kerana isteri pertama abah meninggal semasa dalam pantang dan meninggalkan seorang anak lelaki(abang Musa).Seorang lagi anak perempuan abah meninggal semasa bayi tidak lama setelah kematian ibunya..
Banyak betul kisah sedih yang terpaksa dilalui oleh abah..akhirnya abah menjadi seorang yang amat penyayang dan romantik...
Walaupun abah garang dengan anak2 semasa kami kecil2 dulu
( yelah...anak2nya nakal teramat...haha)
( yelah...anak2nya nakal teramat...haha)
tapi kami tetap merasakan kasih sayang abah yang tulus....
Masih aku ingat lagi kalau demam...masa ni aku akan mintak nak makan kuih kasturi dengan air botol(oren) abah akan cepat2 pergi belikan...abah seorang yang amat ambil berat pasal kesihatan anak2..
kalau pasal pelajaran, abah adalah bapa contoh...sebut aje nak belajar kat mana...abah akan usahakan walau penuh susah payah..abah tak pernah berkira...
ingat lagi masa Lee nak masuk MRSM seawal di tingkatan satu(tahun 1981) di Kuala Terengganu.Abah usahakan dan hantar juga walaupun ada banyak kekangan.
Kalau anak2 dapat sambung belajar walau di ceruk mana pun, interview kerja ke , abah pastikan semua abah akan hantar....pasal kewangan abah akan usahakan. Abah akan hantar sampai ke asrama. Hantar anak2 belajar sampai ke Perlis,Penang(akak),Lee(Terengganu, Melaka, KL),
Tikah(JB, Pontian, Kota Tinggi) aku(JB, Pahang),
Adik Fauzi(Pahang),Hisyam(JB) abah sentiasa ada dan tak pernah mengecewakan anak2...
Ingat lagi kalau nak balik ke maktab abah akan belikan sekilo gula,sepaket biskut dan sepaket kopi..buat bekalan kalau lapar waktu malam...
Tiap2 malam abah dan mak akan duduk sambil minum kopi kat dapur..dating sambil borak2..masa berkualiti betul...
Sekarang ni mak sakit..baru buat operation mata(.katarak)
..abah bertanggungjawab menjadi nurse...cukup dua jam abah ambil semua ubat dan standby nak titiskan ubat kat mata mak..tak terlewat walau seminit...hebat abahku...romantik dan caring...
Ya Allah ...terima kasih kau kurniakan abah yang penyayang dan bertanggungjawab untuk kami...Alhamdulillah...
Saturday, 12 January 2013
DENYUT KASIH MEDIC
Masa ni dia buat PreMedic di UPM dan video ni dapat meraih tempat pertama dengan hadiahnya RM3000.00.
Ariff pulak jadi penyunting..
Masa kecik2 dulu selalu berangan nak jadi direktor..akhirnya dapat jugak...
Subscribe to:
Posts (Atom)