Saturday, 19 January 2013

ABAH YANG ROMANTIK




Di masa mudanya, abah telah hidup sebatang kara.adik beradik abah seramai sembilan orang ..tujuh orang adik-beradik abah meninggal semasa kecil.Ibu dan bapanya pun pergi seawal abah masih kanak2 lagi. Adik perempuan abah tinggal dengan saudara dan abah pula tinggal dengan ibu saudara..Sedih perjalanan hidup abah.
Bertemu jodoh dengan emak, setelah abah menduda kerana isteri pertama abah meninggal semasa dalam pantang dan meninggalkan seorang anak lelaki(abang Musa).Seorang lagi anak perempuan abah meninggal semasa bayi tidak lama setelah kematian ibunya..
Banyak betul kisah sedih yang terpaksa dilalui oleh abah..akhirnya abah menjadi seorang yang amat penyayang dan romantik...


Walaupun abah garang dengan anak2 semasa kami kecil2 dulu 
( yelah...anak2nya nakal teramat...haha)

tapi kami tetap merasakan kasih sayang abah yang tulus....
Masih aku ingat lagi kalau demam...masa ni aku akan mintak nak makan kuih kasturi dengan air botol(oren) abah akan cepat2 pergi belikan...abah  seorang yang amat ambil berat pasal kesihatan anak2..
kalau pasal pelajaran, abah adalah bapa contoh...sebut aje nak belajar kat mana...abah akan usahakan walau penuh susah payah..abah tak pernah berkira...
ingat lagi masa Lee nak masuk MRSM seawal di tingkatan satu(tahun 1981) di Kuala Terengganu.Abah usahakan dan hantar juga walaupun ada banyak kekangan.
Kalau anak2 dapat sambung belajar walau di ceruk mana pun, interview kerja ke , abah pastikan semua  abah akan hantar....pasal kewangan abah akan usahakan. Abah akan hantar sampai ke asrama. Hantar anak2 belajar sampai ke Perlis,Penang(akak),Lee(Terengganu, Melaka, KL),
Tikah(JB, Pontian, Kota Tinggi) aku(JB, Pahang),
Adik Fauzi(Pahang),Hisyam(JB) abah sentiasa ada dan tak pernah mengecewakan anak2...
Ingat lagi kalau nak balik ke maktab abah akan belikan sekilo gula,sepaket biskut dan sepaket kopi..buat bekalan kalau lapar waktu malam...
Tiap2 malam abah dan mak akan duduk sambil minum kopi kat dapur..dating sambil borak2..masa berkualiti betul...
Sekarang ni mak sakit..baru buat operation mata(.katarak)
..abah bertanggungjawab menjadi nurse...cukup dua jam abah ambil semua ubat dan standby nak titiskan ubat kat mata mak..tak terlewat walau seminit...hebat abahku...romantik dan caring...



Ya Allah ...terima kasih kau kurniakan abah yang penyayang dan bertanggungjawab untuk kami...Alhamdulillah...




Saturday, 12 January 2013

DENYUT KASIH MEDIC





Video DENYUT KASIH MEDIC ni ialah arahan Aiman..
Masa ni dia buat PreMedic di UPM dan video ni dapat meraih tempat pertama dengan hadiahnya RM3000.00. 
Ariff pulak  jadi penyunting..



   Masa kecik2 dulu selalu berangan nak jadi direktor..akhirnya dapat jugak...

Monday, 31 December 2012

KENANGAN 2012- KELUARGA


Alhamdulillah...banyak kenangan manis yang tercatat pada tahun 2012  dalam family aku..

Januari - Afiq mendaftar di SMAP Labu Negeri Sembilan...muka dia tabah aje...bila dah siap hantar dan kemas semua barang2 dia, masa nak balik dia buat muka selamba aje ..tapi masa aku mengemas barang dia nampak juga raut muka dia sedih ...
Sesi mengangkut barang...

Saat paling sedih...

Selamat berdikari...


Bila malam menjelang...tak tertahan air mata tumpah..basah bantal ...Rasa sedih, menyesal pun ada hantar anak tinggal di asrama..sayu .. tapi ..itu dah rezeki dia...tabah aje lah...
sedar2 dah setahun Afiq kat sana, dah  masuk form 2...Aku yakin itu yang terbaik untuk dia...

Angah berpindah tempat Asasi...tahun 2011  dia di Nilai tahun ni Angah di Petaling Jaya hingga akhir tahun.Tahun 2013 baru di Gombak.

Keputusan SPM Aiman diumumkan dan Alhamdulillah dia berjaya dlm SPMnya. Aku memang dari dulu nak dia jadi pendidik senang nanti cuti sama( tak de lain ingat cuti aje)...
Entah macamana tiba2 aje dia boleh termasuk bidang perubatan.
Tahun ni juga Aiman ke Mesir bersama dua orang sepupu( anak akak ) iaitu Arif dan Aliyya..
Aiman dan Arif ambil perubatan dan Aliyya pergigian..bila ada sepupu kat sana aku rasa agak senang hati.. mungkin ini ketentuan Allah ..kita hanya merancang Dia yang menentukan...
Alhamdulillah Aiman boleh mengikuti pelajaran di sana dgn baik dan pernah juga dpt full mark (Ariff pun sama). Minggu lepas siap masuk kuiz lawan dengan student Mesir.




Hari pertama di Mesir

                                             Di KLIA



                  Aiman, Angah,kak yong ,Aliyya dan Ariff...generasi pertama AdZ



                          Anak daraku dah ada yang punya..

Sedih ada ...suka pun ada...

Bulan November mencatat sejarah buat familyku.Majlis pertunangan Kak Yong dengan org Pahang. Nak tergelak pun ada sebab dia rupa2nya mengulangi sejarah aku dan suami..jodoh sekelas ..hihi...tapi semua itu ketentuan..aku hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk anak2..

Suami aku berjaya mendapat peningkatan kerjaya setelah bertungkus-lumus sambung belajar selama 4 tahun lebih...akhirnya dpt DG41..turn aku belum lagi..harap bersabar sebab baru temuduga...tak apa sabar itu separuh daripada iman...



KENANGAN 2012 - KERJAYA

Alhamdulillah...
Sampai juga ke detik tahun baru 2013...syukur tidak terhingga kerana dengan rahmatNya kita semua masih dapat bernafas di bumi Allah ini...
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang kulalui pada 2012...
Aku ingin kongsi pengalaman yang manis2 aje...yang pahit2 tu  biar aku telan...mudah2an pada tahun baru 2013  kita semua akan terus melangkah dan semoga bertambah keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya..inshaAllah...

KENANGAN 2012

KERJAYA:
Kenangan manis tahun 2012 menjadi Setiausaha MSSC Senggarang banyak yg perlu dibereskan..(Kalau GB pengerusi MSSC , automatik GPK KOKU kena jadi setiausaha.....aduyai...sibuk sokmo...memang pening kepala...

Kenangan paling manis bila jadi Ketua Kontigen Zon Senggarang ke Kejohanan MSSD Batu Pahat dan berkat kerjasama semua jurulatih, peserta, capron , penaja2, GB2  dan guru2 akhirnya buat pertama kali dalam sejarah zon Senggarang berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah.
Zon Senggarang juga menang Olahragawati B12 ( puteri kesayangan sekolah saya ni)  dan Olahragawan L10 dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas,6 pingat perak dan 3 gangsa...Alhamdulillah...terima kasih kepada semua rakan2..sweet memory betul...

Seorang murid sekolah aku Mahira Hanis terpilih  mewakili Johor ke peringkat kebangsaan di Perlis, Alhamdulillah...

Kejohanan Bola Tampar MSSJ juga aku kena pergi di Kota Tinggi sebab ada murid sekolah aku terpilih mewakili daerah Batu Pahat..Alhamdulillah..juga mencatat sejarah sebab first time BP dapat masuk final dan dapat tempat kedua. Selalunya BP ialah pasukan belasahan..seronoknya bukan kepalang..(padahal takde buat apa pun tukang sorak aje..)


Sunday, 30 December 2012

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013





Moga Allah limpahi rahmat kepada kita semua.

Untuk gerakkan azam tahun baru agar berjaya dicapai:

  Doa sungguh-sungguh
    Murnikan hati agar tarik hidayah Allah
    Fikir secara positif sebab fikir itu doa
    Lakukan setiap tindakan dengan terbaik
    Jaga ibadah dengan sempurna
      Cari kawan yang dapat bantu untuk capai azam
      Penampilan yang anggun
  Cari guru atau mentor yang dapat bimbing
    Bentuk budaya diri yang cemerlang
  Berterusan cari ilmu
  Nilai dan ubahsuai azam jika perlu
 Seimbangkan hidup- rumah tangga/tempat kerja/sekolah/masyarakat
.  Lakukan dengan istiqamah selama 40 hari untuk jadi tabiat
 Redha dan syukur atas setiap pencapaian

MOGA BERJAYA....

Petikan: Dato Dr Fadzilah Kamsah




KEK PISANG

BAHAN-BAHANNYA

4  biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
2 cawan minyak masak
2 cawan pisang ( dilecek)
Bikarbonat soda(ayak dengan tepung)


CARA MEMBUATNYA

Pukul telur  dan gula hingga kembang dan putih. 
Masukkan pisang 
Masukkan minyak masak
Masukkan tepung sedikit-sedikit
Gaul rata dan bakar hingga masak




RESEPI ROTI PUREE

Resepi ini diperoleh dari radio satu masa dahulu...resepi ni kami adik-beradik selalu buat waktu petang2...rasanya sedap dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.

DOH:

BAHAN-BAHANNYA

3 cawan tepung gandum
4 sudu mentega/ marjerin
air panas secukupnya
minyak untuk menggoreng


CARA MEMBUATNYA

Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tambahkan mentega. Gaul hingga rata
Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli hingga kental,
Biarkan 1 jam
Uli semula dan bulat2kan sebesar bola golf.
Canaikan dan goreng dalam minyak panas.


KUAH:

BAHAN-BAHANNYA

4  biji kentang direbus dan lenyek
1/2 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu serbuk jintan
2 biji lada hijau(dipotong)
1 labu bawang besar(potong bulat)
1/2 sudu biji sawi( jika suka)
daun kari
garam
2 sudu marjerin
1/2 cawan santan pekat

CARA MEMBUATNYA

Gaulkan kentang, kunyit, garam dan santan
Panaskan kuali, masukkan marjenin
Setelah panas, masukkan biji sawi, daun kari, bawang dan lada hijau
Masukkan campuran kentang
Kacau rata dan jangan sampai pecah minyak
Masak hingga mendidih.


(Doh boleh disimpan dlm peti sejuk dan goreng bila nak makan)