Suasana di semua sekolah di negeri Johor begitu kecoh...
Semua guru dan staf sekolah sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala dokumen untuk menyambut ketibaan pegawai JPN dan PPD yang akan memantau semua sekolah bermula awal April.
Semua fail dibongkar untuk memastikan segalanya rapi dan memenuhi kehendak pemantau..
ada pelbagai item yang dinilai....antaranya
pemantauan pengurusaan pembelajaran dan pengajaran,
semakan dokumen pengurusan sekolah,
pengurusan pejabat
pengurusan kurikulum
pengurusan sumber pendidikan
pengurusan kokurikulum
pengurusan hal ehwal murid
Itu baru tajuk besarnya.. sub itemnya lagilah banyak,.244 item...semua kena lengkap dan terkini..
guru2 semua kena bersedia untuk pemantauan pnp di bilik darjah jugak..
selain tu..ada jugak pembentangan profil sekolah..
keadaan dan budaya sekolah pun kena jaga..perjalanan perhimpunan, pertukaran guru dll..
Aku pun tak ketinggalan bertungkus-lumus menyiapkan fail2 yang bertimbun-timbun..sampai pening lalat dibuatnya. Di rumah komputer sentiasa ON dan printer tak berhenti print itu ini..
In sha Allah segalanya bakal tersedia untuk dipantau...
Saya bayangkan PENGARAH TURUN PADANG ni
ReplyDeletePengarah dan 4, 5 orang kuatnya meninjau sekolah
kemudian bertanya khabar, masalah apa,
kemudian bersoal jawab macam sidang akhbar
Macam wakil rakyat bertemu pengundi
Akhirnya ada perlawanan persahabatan
Spt badminton, takraw ke
haha..lebih kurang macam tulah..tapi takada perlawanan persahabatan..Alhamdulillah dah selesai semuanya..yg
ReplyDeletetak bestnya..kena pantau la pulak..