Showing posts with label Diari Keluarga. Show all posts
Showing posts with label Diari Keluarga. Show all posts

Saturday, 19 January 2013

ABAH YANG ROMANTIK




Di masa mudanya, abah telah hidup sebatang kara.adik beradik abah seramai sembilan orang ..tujuh orang adik-beradik abah meninggal semasa kecil.Ibu dan bapanya pun pergi seawal abah masih kanak2 lagi. Adik perempuan abah tinggal dengan saudara dan abah pula tinggal dengan ibu saudara..Sedih perjalanan hidup abah.
Bertemu jodoh dengan emak, setelah abah menduda kerana isteri pertama abah meninggal semasa dalam pantang dan meninggalkan seorang anak lelaki(abang Musa).Seorang lagi anak perempuan abah meninggal semasa bayi tidak lama setelah kematian ibunya..
Banyak betul kisah sedih yang terpaksa dilalui oleh abah..akhirnya abah menjadi seorang yang amat penyayang dan romantik...


Walaupun abah garang dengan anak2 semasa kami kecil2 dulu 
( yelah...anak2nya nakal teramat...haha)

tapi kami tetap merasakan kasih sayang abah yang tulus....
Masih aku ingat lagi kalau demam...masa ni aku akan mintak nak makan kuih kasturi dengan air botol(oren) abah akan cepat2 pergi belikan...abah  seorang yang amat ambil berat pasal kesihatan anak2..
kalau pasal pelajaran, abah adalah bapa contoh...sebut aje nak belajar kat mana...abah akan usahakan walau penuh susah payah..abah tak pernah berkira...
ingat lagi masa Lee nak masuk MRSM seawal di tingkatan satu(tahun 1981) di Kuala Terengganu.Abah usahakan dan hantar juga walaupun ada banyak kekangan.
Kalau anak2 dapat sambung belajar walau di ceruk mana pun, interview kerja ke , abah pastikan semua  abah akan hantar....pasal kewangan abah akan usahakan. Abah akan hantar sampai ke asrama. Hantar anak2 belajar sampai ke Perlis,Penang(akak),Lee(Terengganu, Melaka, KL),
Tikah(JB, Pontian, Kota Tinggi) aku(JB, Pahang),
Adik Fauzi(Pahang),Hisyam(JB) abah sentiasa ada dan tak pernah mengecewakan anak2...
Ingat lagi kalau nak balik ke maktab abah akan belikan sekilo gula,sepaket biskut dan sepaket kopi..buat bekalan kalau lapar waktu malam...
Tiap2 malam abah dan mak akan duduk sambil minum kopi kat dapur..dating sambil borak2..masa berkualiti betul...
Sekarang ni mak sakit..baru buat operation mata(.katarak)
..abah bertanggungjawab menjadi nurse...cukup dua jam abah ambil semua ubat dan standby nak titiskan ubat kat mata mak..tak terlewat walau seminit...hebat abahku...romantik dan caring...



Ya Allah ...terima kasih kau kurniakan abah yang penyayang dan bertanggungjawab untuk kami...Alhamdulillah...




Saturday, 12 January 2013

DENYUT KASIH MEDIC





Video DENYUT KASIH MEDIC ni ialah arahan Aiman..
Masa ni dia buat PreMedic di UPM dan video ni dapat meraih tempat pertama dengan hadiahnya RM3000.00. 
Ariff pulak  jadi penyunting..



   Masa kecik2 dulu selalu berangan nak jadi direktor..akhirnya dapat jugak...

Monday, 31 December 2012

KENANGAN 2012- KELUARGA


Alhamdulillah...banyak kenangan manis yang tercatat pada tahun 2012  dalam family aku..

Januari - Afiq mendaftar di SMAP Labu Negeri Sembilan...muka dia tabah aje...bila dah siap hantar dan kemas semua barang2 dia, masa nak balik dia buat muka selamba aje ..tapi masa aku mengemas barang dia nampak juga raut muka dia sedih ...
Sesi mengangkut barang...

Saat paling sedih...

Selamat berdikari...


Bila malam menjelang...tak tertahan air mata tumpah..basah bantal ...Rasa sedih, menyesal pun ada hantar anak tinggal di asrama..sayu .. tapi ..itu dah rezeki dia...tabah aje lah...
sedar2 dah setahun Afiq kat sana, dah  masuk form 2...Aku yakin itu yang terbaik untuk dia...

Angah berpindah tempat Asasi...tahun 2011  dia di Nilai tahun ni Angah di Petaling Jaya hingga akhir tahun.Tahun 2013 baru di Gombak.

Keputusan SPM Aiman diumumkan dan Alhamdulillah dia berjaya dlm SPMnya. Aku memang dari dulu nak dia jadi pendidik senang nanti cuti sama( tak de lain ingat cuti aje)...
Entah macamana tiba2 aje dia boleh termasuk bidang perubatan.
Tahun ni juga Aiman ke Mesir bersama dua orang sepupu( anak akak ) iaitu Arif dan Aliyya..
Aiman dan Arif ambil perubatan dan Aliyya pergigian..bila ada sepupu kat sana aku rasa agak senang hati.. mungkin ini ketentuan Allah ..kita hanya merancang Dia yang menentukan...
Alhamdulillah Aiman boleh mengikuti pelajaran di sana dgn baik dan pernah juga dpt full mark (Ariff pun sama). Minggu lepas siap masuk kuiz lawan dengan student Mesir.




Hari pertama di Mesir

                                             Di KLIA



                  Aiman, Angah,kak yong ,Aliyya dan Ariff...generasi pertama AdZ



                          Anak daraku dah ada yang punya..

Sedih ada ...suka pun ada...

Bulan November mencatat sejarah buat familyku.Majlis pertunangan Kak Yong dengan org Pahang. Nak tergelak pun ada sebab dia rupa2nya mengulangi sejarah aku dan suami..jodoh sekelas ..hihi...tapi semua itu ketentuan..aku hanya mampu mendoakan yg terbaik untuk anak2..

Suami aku berjaya mendapat peningkatan kerjaya setelah bertungkus-lumus sambung belajar selama 4 tahun lebih...akhirnya dpt DG41..turn aku belum lagi..harap bersabar sebab baru temuduga...tak apa sabar itu separuh daripada iman...



Tuesday, 4 December 2012

Afiq



Inilah putera bongsuku…kelahirannya di Hospital Batu Pahat..disaksikan suamiku...

Sejak kecil lagi amat berdikari dan tegas sifatnya...  Sejak bayi dia cuba nak makan sendiri..tak suka bersuap...habis bersepah pun takpa janji dia nak suap sendiri...



Pada hari pertama sekolah umur dia empat tahun lagi dia dah tunjuk berani jalan ke sekolah tadika pun sendiri taknak pimpin-pimpin dah..tak macho kot...



Masa umur dia dua tahun anak aku ni masih belum pandai bercakap...dia faham semua benda tapi taknak bercakap langsung...kalau suruh buat apa2 dia tahu..aku punyalah risau..mana taknya sepupu2 dia yang sebaya semua dah petah bercakap...last2 dah lepas dua tahun tu baru la dia bercakap..terus takda pelat2...rupa2nya dia ni banyak fikir kot malas nak cakap...



Sejak kecil dia paling suka buku... Kalau menangis bacakan buku terus diam. Masa dia tadika pra sekolah enam tahun  tiap hari wajib baca suratkhabar...ruangan sukan tulah yang dicari.. Favorite dia sampai sekarang pun baca buku.... buku yang dia minat tentang pejuang2 Islam dan buku-buku yang tebal2 tu. 

Wataknya amat matang…masa umur empat tahun dia dah pandai tengok peta…pernah kami travel ke Penang..anak aku ni pegang peta kat tangan..dan jari dia ikut jalan kat peta Malaysia tu dan mulut tak berhenti  tanya itu ini....sekarang kita kat mana ni….


Hobi dia macam abangnya jugak..segala jenis sukan semua dia masuk..wakil sekolah pertandingan itu pertandingan ini…sampaikan dah dekat nak UPSR bulan Jun pun masih lagi sibuk sukan...risau juga tapi aku yakin dia tak mengabaikan pelajarannya…


Tapi masih kanak2 bila tengok dia punya favorite TV ... cerita kartun siang malam..haha…

Sekarang ni anak aku Form 1 di SMAP Labu Negeri Sembilan…Mudah2an Afiq Berjaya cemerlang dunia akhirat…amiinn…



Aiman



Anak ketiga ku lelaki…Saat kelahirannya penuh dugaan…hampir 24 jam aku bertarung nyawa…rupa2nya nak dapat khalifah…

Anak lelaki sulung ini dilahirkan pada anniversary ke  5 aku dan suami. ..kiranya hadiah Allah sempena ulangtahun perkahwinanlah.

Nama yang dipilih Muhammad Aiman… anak ketiga aku ni memang tak banyak ragam ..paling senang menjaganya… Aiman tak kisah…begitulah sifatnya…Umur baru 10 bulan dah pandai berjalan..tangannya mendepa nak imbangkan badan…

 Sejak kecil lagi paling minat matematik. Kalau ke kedai aku selalu suruh dia congak berapa ringgit barang yang aku beli..dia memang otak matematik.

Kami tinggal di kampung..prinsip suami aku dia nak anak lelaki dia rasa kehidupan kampung betul2…jadi anak aku ni memang terer mandi sungai, terjun parit, memancing ikan dan semua aktiviti anak kampung pasti dia join…

Kalau di sekolah acara sukan sebut aje apa jenis sukan semua dia masuk…sampai sekolah menengah pun sama hingga aku  naik risau takut pelajarannya terabai.

Alhamdulillah..anak aku ni sangat taat orangnya…tak pernah membantah kalau disuruh..sejak kecil hingga kini…suruh apa pun dia tak kisah…dia tetap akan buat…kat rumah ni dia lah tukang karut suka melawak..

Kini anak teruna aku ni melanjutkan pelajaran bidang perubatan di Mesir…cita2nya nak menjadi doktor bertakwa dan hafiz alQuran… inshaAllah…ibu sentiasa doakan kejayaan Aiman…



Angah


Puteri keduaku ini…lahir di Hospital Batu Pahat. Saat mengandungkannya aku tiada alahan.. kelahirannya pada Subuh tatkala azan berkumandang…Nama Amira Amalina kupilih untuk puteriku ini.

Sejak kecil sifatnya manja dan semua kena ikut kehendaknya…tiap-tiap hari sebelum tidur suami aku mesti kena garukan kaki dia..kalau tak.. dia takleh tidur..kalau sambil menggaru suami aku terlelap….tahu pulak tu..dia menangis suruh garu jugak..
Masa Tahun Satu  ada pertandingan merentas desa..terkejut juga sekali tengok anak aku ni dapat tempat kedua..merah padam muka dia berlari…tapi bila dah besar dia taknak masuk acara sukan lasak2..malas katanya….lagi pun anak dara aku ni suka melawa..nanti kalau berpeluh2 dia tak suka…tak cun kot…

Favorite dia tentulah posing..bergambar…klik..klik…dalam 5 minit aje dah berpuluh keping gambar dia…

Dulu-dulu aku selalu ingat dia ni pendiam sebab kalau dalam kereta..senyap aje..tak dengar suara..bila dah sekolah menengah baru aku tahu rupa2nya dia ni minah kepoh jugak..kawan-kawannya ramai betul…macam adik-beradik belaka…seronok juga ada ramai kawan sehati sejiwa..

Sekarang puteri kedua ku melanjutkan pelajaran di  Universiti Islam Antarabangsa…hobi dia balik kampung tiap-tiap minggu…sejak di sekolah menengah lagi dia tinggal di asrama..kalau boleh dia nak balik tiap minggu..dan masa hantar balik ke asrama aku tak boleh tak ikut wajib kena hantar dia kalau tak hantar…sedih betul dia…

Alhamdulillah…puteriku ini semakin matang meniti hari…aku sebagai ibu sentiasa mendoakan kejayaan  Angah…



Kak Yong


Lahir di Hospital Muar..anak sulung aku ni perempuan…Alhamdulillah… Masa mengandung aku betul2 lemah…sampai  dah nak besalin pun masih muntah2..anak aku ni  sejak bayi lagi memang  suara dia power…ingat lagi masa hari pertama dia lahir aku bermalam di hospital keesokannya baru boleh keluar wad…malam tu dia menangis punyalah kuat..menjerit nyaring sampai nurse2 yg tgh tidur semua berlari2 cari dia dan tanya "kenapa ni..kenapa ni.." Semuanya panik..aku lagi la panik…anak sulungla katakan..mana la aku tau kenapa dia nangis…last2 rupa2nya lampin basah…aduh..

Anak aku ni…baru dua bulan lebih dia dah meniarap..tiap2 hari suami aku latih dia…haha..excited anak sulung…

..Sepuluh bulan dah pandai bercakap sikit2 la…sebelas bulan dah jalan..sambut birthday pertama dah lari-lari anak.

Anak aku ni Amira Afiqah namanya..sejak kecil lagi memang paling suka bercakap,menyanyi dan selalu kena suruh buat persembahan pentas..haha..macam-macam lagu kanak-kanak dia pandai..sangat berani tampil di khalayak..ingat lagi masa masuk tadika lima tahun hari pertama  sekolah…cikgu dia tanya siapa nak nyanyi kat depan dia volunteer dan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star…dengan gaya tangan sekali..haha…

Bila masuk darjah satu dia terpilih wakil sekolah  bercerita Bahasa Inggeris tahap 1 dan dia jadi johan…wakil zon Senggarang ke peringkat daerah..terima kasih kat cikgu Ismauddin yang banyak membimbing…

Bila dah makin besar, makin banyak pertandingan yang disertai..BM,BI,Agama,KT semua lah..daya ingatan puteri aku ni kuat…kadang-kadang tu baru dapat teks sehari dia dah boleh hafal…aku ni kira macam manager dia la..tukang latih kat rumah…

 Alhamdulillah..bakat tu diteruskan lagi sampai kini.. dia menjadi pendidik jugak..mengikut jejak langkah ibu abah ..Alhamdulillah ya Allah…



Suamiku



Insan yang bertakhta di hati ini..aduh sungguh cool orangnya..lembut bicaranya..penyabar dan santun..memang suami ideallah kata orang …Marzuki Mahbob yang kukenali seawal memasuki MPTI tahun  1985 dulu..tapi  kami hanya rakan sekuliah sekelas selama tiga tahun...takada apa-apa perasaan pun..kadang-kadang aku pun terlupa nama dia..sebab dia ni ada kawan yang lebih kurang sama tinggi dan rupa pun seiras (suami aku hensem sikit la..hihi) pergi mana pun berdua…. Maarof  namanya.. . selalu aku tanya,

“Ko ni Marzuki ke Maarof ye..”

At last agaknya jodoh kami kuat…kami ditempatkan praktikal 6 bulan di sekolah yang sama…SK Ulu Tiram…di sinilah segalanya bermula…haha..itupun bila dah nak habis praktikal ..kalu tak silap lagi seminggu nak habis praktikal dan kira dah habis belajar di MPTI lah ni… baru la cinta bersemi… dia bagi aku hadiah sempena birthday ke 21 …sekuntum bunga ros kuning dan sekeping kad …dan hasrat untuk kenal lebih rapat..

Sahabat-sahabat semua terkejut… mana taknya takde angin takde ribut tiba-tiba aku dan dia ada apa-apa.…semua menyakat CINTA BERPUTIK DI HUJUNG MUSIM..haha  aku  pun tak tahu tiba-tiba hati aku terbuka pula ..sahabat-sahabat ada yang sponsor kek ada yang buat pulut kunig…semua suka sebab tak pernah menyangka …kiranya semua merestui la tu…

..Alhamdulillah..hingga kini akulah wanita paling bahagia..terima  kasih Ya Allah atas jodoh yang kau kurniakan untukku…