Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Monday, 19 August 2013

SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MULIA
SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN
2013

Nama :  ______________________________________                    Kelas  :   __________________

A.      Pilih jawapan yang betul.

1.       Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita
A.      Tunku Abdul Rahman
B.      Tun Abdul Razak
C.      Tun Hussein Onn
D.      Tun Dr Mahathir

2.       Bilakah Negara kita merdeka?
A.      1957
B.      1963
C.      1956
D.      1958

3.       Tahun ini merupakah tahun kemerdekaan Malaysia yang ke……
A.      55 tahun
B.      56 tahun
C.      54 tahun
D.      50 tahun

4.       Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna
A.      Merah putih
B.      Merah biriu
C.      Biru kuning
D.      Biru Merah

5.       Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada..
A.      1957
B.      1959
C.      1963
D.      1960




6.       Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia sekarang?
A.      Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
B.      Tun Dr Mahathir bin Mohamad
C.      Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak
D.      Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

7.        Apakah gelaran yang merujuk kepada Negeri Johor?
A.      Darul Khusus
B.      Darul Makmur
C.      Darul Takzim
D.      Darul Ehsan

8.       Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke……………..
A.      Dua
B.      Tiga
C.    Enam
D.    Ketiga

9.       Pilih pasangan  negeri dan ibu negeri yang SALAH
A.      Johor - Johor Bahru
B.      Terengganu- Kuala Terengganu
C.      Negeri Sembilan – Seremban
D.      Kelantan – Kuantan

10.   Kenyataan berikut adalah benar KECUALI
A.      Sari  -  India
B.      Sinuangga - Iban
C.      Kelambi - Iban
D.      Dhoti – India

11.   Namakan tasik yang terkenal dengan mitos naga di negeri Pahang
A.      Tasik Cina
B.      Tasik Cini
C.      Tasik Banding
D.      Tasik Merdeka

12.   Malaysia mempunyai  ……. buah negeri.
A.      13
B.      14
C.      12
D.      15



13.   Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
A.      Jalur Gemilang
B.      Jalur Lebar
C.      Harimau Malaya
D.      Harimau Selatan

14.    Taman Mini Malaysia terletak di negeri….
A.      Terengganu
B.      Pulau Pinang
C.      Melaka
D.      Perak

15.   Sungai terpanjang di Malaysia ialah
A.      Sungai Pahang
B.      Sungai Kinabatangan
C.      Sungai Muar
D.      Sungai Rejang

B. Senaraikan gelaran bagi negeri-negeri di Malaysia
Bil.
Nama Negeri
Gelaran

1.
Selangor


2.
Johor


3.
Kelantan


4.
Terengganu


5.
Kedah


6.
Perak


7.
Pahang


8.
Negeri Sembilan


9.
Melaka


10.
Pulau Pinang


11.
Perlis


12.
Sarawak


13.
Sabah





Sunday, 14 April 2013

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG 2013

Suasana di semua sekolah di negeri Johor begitu kecoh...
Semua guru dan staf sekolah sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala dokumen untuk menyambut ketibaan pegawai JPN dan PPD yang akan memantau semua sekolah bermula awal April.

Semua fail dibongkar untuk memastikan segalanya rapi dan memenuhi kehendak pemantau..
ada pelbagai item yang dinilai....antaranya
pemantauan pengurusaan pembelajaran dan pengajaran,
semakan dokumen pengurusan sekolah,
pengurusan pejabat
pengurusan kurikulum
pengurusan sumber pendidikan
pengurusan kokurikulum
pengurusan hal ehwal murid

Itu baru tajuk besarnya.. sub itemnya lagilah banyak,.244 item...semua kena lengkap dan terkini..
guru2 semua kena bersedia untuk pemantauan pnp di bilik darjah jugak..
selain tu..ada jugak pembentangan profil sekolah..
keadaan dan budaya sekolah pun kena jaga..perjalanan perhimpunan, pertukaran guru dll..

Aku pun tak ketinggalan bertungkus-lumus menyiapkan fail2 yang bertimbun-timbun..sampai pening lalat dibuatnya. Di rumah komputer sentiasa ON dan printer tak berhenti print itu ini..

In sha Allah segalanya bakal tersedia untuk dipantau...

Monday, 31 December 2012

KENANGAN 2012 - KERJAYA

Alhamdulillah...
Sampai juga ke detik tahun baru 2013...syukur tidak terhingga kerana dengan rahmatNya kita semua masih dapat bernafas di bumi Allah ini...
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang kulalui pada 2012...
Aku ingin kongsi pengalaman yang manis2 aje...yang pahit2 tu  biar aku telan...mudah2an pada tahun baru 2013  kita semua akan terus melangkah dan semoga bertambah keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya..inshaAllah...

KENANGAN 2012

KERJAYA:
Kenangan manis tahun 2012 menjadi Setiausaha MSSC Senggarang banyak yg perlu dibereskan..(Kalau GB pengerusi MSSC , automatik GPK KOKU kena jadi setiausaha.....aduyai...sibuk sokmo...memang pening kepala...

Kenangan paling manis bila jadi Ketua Kontigen Zon Senggarang ke Kejohanan MSSD Batu Pahat dan berkat kerjasama semua jurulatih, peserta, capron , penaja2, GB2  dan guru2 akhirnya buat pertama kali dalam sejarah zon Senggarang berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah.
Zon Senggarang juga menang Olahragawati B12 ( puteri kesayangan sekolah saya ni)  dan Olahragawan L10 dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas,6 pingat perak dan 3 gangsa...Alhamdulillah...terima kasih kepada semua rakan2..sweet memory betul...

Seorang murid sekolah aku Mahira Hanis terpilih  mewakili Johor ke peringkat kebangsaan di Perlis, Alhamdulillah...

Kejohanan Bola Tampar MSSJ juga aku kena pergi di Kota Tinggi sebab ada murid sekolah aku terpilih mewakili daerah Batu Pahat..Alhamdulillah..juga mencatat sejarah sebab first time BP dapat masuk final dan dapat tempat kedua. Selalunya BP ialah pasukan belasahan..seronoknya bukan kepalang..(padahal takde buat apa pun tukang sorak aje..)