Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

Friday, 7 December 2012

BAHASA ORANG JOHOR





JOHO - JOHOR
Lapor – Lapar
Kejor – Kejar
Segor – segar
Selipor – selipar
Gebor – selimut
Grobok – Almari
Besor – Besar
Muor – Muar
Engko – Engkau
Calor – calar
Cador – cadar
Kosi – kerusi
Gambor – Gambar
Tampor – tampar
Pasor – pasar
Lawo – cantik
Sokkabor – Surat Khabar
Hantor – hantar
Belajor – belajar
Bandor – Bandar
Tikor – tikar
Esbok – Peti Sejuk
Sogame – sekolah agama
pestol – pistol
Hangen – angin
Ngeteh – Minum air di kedai
Air Tawo – Air Tawar
Jajan – Makanan Ringan
Pasor Lambak – Pasar Malam
Langgor - langgar
Bangku - kerusi
Cenggini - Macam Ini
Cenggitu - Macam Itu
Air Jarang - Air Masak
Leca - Tilam
Epok2 - Karipap
Bak - Bawa
Bubuh - Letak
Endut - Pakwe/Makwe
Jerang - Masak Air
Kokang - Gigit
Meh - Mari
Membeser - Kencing
Nonong - Bersahaja
Terple'ot - Terkehel
Rewang - Kenduri
Leceh - Lambat
Saing - Bersama Sama
Noh - Benar
Piuk - Periuk
Ngeteh - Minum Teh
Kememey / Gembeng - Kuat Nangis
Sangap - Menguap
Godek - Kacau
Kopek - Kupas
Berlengeng - Tak Pakai Baju
Mentel - Ngada ngada
Kak Nam - Penyebok
Pengkoh - Baling/Tendang Tak Tepat
Taruk - Letak
Pakkal - Nasib baiklah
Ekk !! - !!!!!
Anu -____ (bukan perkataan lucah!!)
Sarap - sarapan
Dedes - hiris
Bengal - sakit kepala@pening
Bingai - ala bodoh
Surat kabo - surat khabar
Camce - sudu kecil
Siot - seakan sial
Singai - mcm sengal gak la
Bengap - bongok
Peel - perangai
Selenge - skema
Pijor - kebas
Sangap - mnguap
Koreng - comot
Pokok ari - cuaca
gohet - kehadapan
gostan - kebelakang
stemet - jimat
meh - mari
bela - baiki
ungkal - degil
ngelat - tipu
jalan tegak - jalan lurus
ejos - ekzos
koreng - kotor
jamni - skg ni
garit - calar

Tuesday, 4 December 2012

MEMBINA IMPIAN


Langkah 1 : Tuliskan Impian Anda dalam secarik Kertas.
Tuliskan semua apa yang ingin anda capai dalam 5 thn mendatang. Semasa anda  menulis, jangan batasi fikiran anda, apapun yang terlintas di dalam fikiran anda yang ingin anda capai, tuliskan !
Pada saat anda menuliskan Impian anda, pada saat itulah anda mengaktifkannya dalam fikiran bawah sedar anda. So tuliskan apa yang ingin anda capai, Anda ingin menjadi apa 5 thn yang akan datang, pola kehidupan seperti apa yang ingin Anda nikmati, Anda ingin travelling ke mana saja, dll

Paul Meyer pendiri SMI (Success Motivation Institute) mengatakan : "Jika Anda tidak puas dengan pola kehidupan anda sekarang, itu disebabkan anda belum menulis dengan jelas impian di otak Anda."


Langkah 2  : Jadikan Impian Anda dalam bentuk gambar.
Fikiran Bawah sedar kita akan lebih mudah menerima gambar dari pada tulisan, so kita harus mencari gambar / foto semua impian kita. Supaya lebih mudah kita gambarkan dalam fikiran bawah sedar kita.
Mempunyai Impian saja tidak cukup, Anda harus tau langkah-langkah bagaimana mewujudkannya, dan langkah kedua ini adalah langkah yang sering ditempuhi, pastikan anda melakukannya.
Cari semua gambar impian anda dan buat PAPAN IMPIAN anda, kemudian tampalkan semua gambar impian yang ingin anda capai.


Langkah 3 : Visualisasikan Impian Anda.

Setiap hari, pagi dan malam anda harus visualisasikan impian anda, bayangkan dan rasakan semua impian sudah jadi kenyataan dan mengucap syukur atas semua impian Anda, gambarkan dengan jelas dalam fikiran anda bahawa semua impian sudah wujud di depan anda dan sedang anda nikmati, rasakan bagimana perasaan anda ?

Ingat, fikiran bawah sedar kita tidak boleh  membezakan mana yang realiti dan mana yang imaginasi... Tetapi ketika fikiran bawah sedar kita sudah menerima itu sebagai suatu kenyataan, maka ia akan menarik segala sumber untuk mewujudkannya.

Napoleon Hill mengatakan : “Apapun yang boleh dibayangkan dengan jelas dan diyakini oleh fikiran kita, maka hal itu pasti dapat dicapai.”

Langkah 4 : Membuat rencana tindakan (Action Plan) dan selalu memperbaikinya.

Dengan Action Plan yang jelas dan sempurna, plus tindakan yang efisyen dan efektif, maka impian anda pasti tercapai

"Untuk memastikan Impian jadi nyata. Anda harus memiliki satu rencana tindakan yang realistis dan terlaksana." --Zig Ziglar

Anda juga harus membuat analisa atas tindakan-tindakan anda selama ini. Jika ada halangan yang kurang baik dan tidak sesuai dengan rencana awal Anda, buatlah penyesuaian.

Langkah 5: Take Massive Action!

Lakukan action besar-besaran sampai impian anda menjadi kenyataan. Jika Anda ingin wujudkan impian anda. Satu hal yang pasti adalah anda harus bertindak habis-habisan sampai impian anda benar-benar jadi kenyataan,

Sekarang, bangun dari tempat duduk Anda, kejar impian anda dan raihlah semua obsesimu. 

Action is Power! kerana ketika anda bertindak, maka semua kesempatan dan kemungkinan itu akan jadi nyata.

"All our dreans can come true, if we have the courage to pursue them." --Walt Disney







TIPS MENCAPAI MATLAMAT


Tip 1. Tulis Matlamat Di Atas Kertas
Saya sarankan anda menulis matlamat di atas kertas kerana tulisan tangan sebenarnya lebih memberikan kesan psikologi yang lebih tinggi kepada minda kita berbanding perkataan daripada komputer.
Jika anda suka kepada kepelbagaian warna, tulislah matlamat tersebut mengikut kreativi masing-masing. Lebih cantik matlamat tersebut, lebih senang untuk anda mengingatinya.

Tip 2. Letakkan Matlamat Di Tempat Mudah Di Lihat
Saya sentiasa sediakan satu papan khas di dalam bilik dan akan menjadikan papan tersebut sebagai PAPAN IMPIAN. Jika sehari saya tidak melihat dan membacanya, saya akan terasa satu kehilangan yang besar lebih-lebih lagi sumber motivasi kepada segala apa yang saya lakukan.
Anda boleh guna white board atau manila kad sebagai salah satu pilihan alternatif.

Tip 3. Baca Dan Ulang Matlamat Tersebut Berulang Kali
Saya akan pastikan matlmat yang saya tetapkan dibaca tidak kurang daripada 3 kali sehari. Setiap kali membacanya, saya akan menggambarkan di dalam minda separa sedar saya bahawa matlamat tersebut sudah pun tercapai dan saya amat gembira mengecapinya.
Anda perlu lebih kreatif setiap kali anda membaca matlamat tersebut.

Tip 4. Beritahu Orang Lain Matlamat Tersebut
Perkara paling sukar dan ternyata memberi impak yang paling besar adalah untuk menyatakan matlamat kita kepada orang lain.
Kadang-kadang saya pun malu untuk nyatakan matlamat saya kepada orang lain apatah lagi di tempat awam. Namun kini setelah menyedari akan keberkesanannya, saya dengan sengaja memberitahu kepada orang lain apakah matlamat yang saya ingin capai.

Tip 5. Percaya 100% Matlamat Itu Akan Berjaya!
Perkara yang perlu menjadi perhatian penting adalah anda perlu yakin dan percaya 100% bahawa matlamat itu akan membuahkan hasil. Jika anda masih berdolak-dalih bahawa matlamat tersebut seperti sesuatu yang mustahil, lebih baik anda berhati-hati kerana sikap berdolak-dalih itu tadi akan melambatkan proses sebenar anda mengecapi kejayaan.

Tip 6. Fast Action!
Ini adalah perkara yang paling mustahak dalam perjalanan anda mencapai kejayaan. Jika matlamat sudah tersergam indah namun anda masih lagi dibuai mimpi indah dan tidak bertindak pantas untuk merealisasikan matlamat tersebut, lebih baik anda tidak mempunyai matlamat langsung.

Anda wajib bertanggungjawab penuh terhadap segala matlamat yang telah ditetapkan. 




# Walaubagaimana pun harus diingatkan kita sebagai manusia, meletakkan matlamat yang jelas & berusaha bersungguh2, selebihnya serahkan kepada Allah..