Saturday, 10 May 2014

SOALAN PERTENGAHAN TAHUN SEJARAH TAHUN 4 KSSR


Sejarah


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 4
2014

 


SEJARAH



 



JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU







ARAHAN : Jawab semua soalan.

 




Jawab semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.


1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A         Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar  berlaku pada waktu lampau
B         Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C         Sejarah ialah cerita dongeng yang  berlaku pada waktu lampau
D         Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
            A         Buku
            B         Ucapan
            C         Akhbar
            D         Batu bersurat

3. Muzium berperanan sebagai
            A         Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
            B         Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
            C         Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
            D         Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
            A         Mengetahui cerita seseorang
            B         Boleh menjadi iktibar dan pelajaran
            C         Melahirkan masyarakat yang suka membaca
            D         Bersemangat untuk berperang dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?
            A         Pengenalan diri seseorang
            B         Dokumen berkaitan orang lain
            C         Keterangan tentang diri dan keluarga
            D         Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas terdiri daripada
            A         datuk, nenek dan sepupu
            B         ibu saudara, abang dan kakak
            C         ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
            D         ayah, ibu dan anak-anak

7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
            A         Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
            B         Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
            C         Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
            D         Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
            A         Adik
            B         Along
            C         Angah
            D         Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
            A         Guru
            B         Murid
            C         Kerani
            D         Guru Besar

10. Apakah yang dimaksudkan dengan visi?
            A         Sesuatu yang hendak dicapai
            B         Lambang kebanggaan sekolah
            C         Wawasan atau berpandangan jauh
            D         Langkah untuk mencapai kejayaan


11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
            I    Mematuhi disiplin sekolah
            II   Bermain semasa guru sedang mengajar
            III Membuang sampah di kawasan sekolah
            IV  Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
      A   I dan II                                    C   I dan III
      B   II dan III                     D   I dan IV

12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
            A         Membuang sampah merata-rata
            B         Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
            C         Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
            D         Menconteng dinding sekolah

13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
            A         saiz rumah seseorang
            B         taraf hidup seseorang
            C         lokasi tempat tinggal seseorang
            D         bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
            A         mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
            B         mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
            C         dikelilingi oleh kawasan kilang yang pesat membangun
            D         kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Mengapakah kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal?
            A         Mengharapkan pujian orang lain
            B         Untuk memenangi pertandingan yang dianjurkan
            C         Untuk menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
            D         Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut
16. Manakah antara berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
            A         Meletakkan semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
            B         Menghempas telefon dengan kuat kerana marah
            C         Membuang sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
            D         Membiarkan sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan

17. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
            A         Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
            B         Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
            C         Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
            D         Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

18. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?
            I  Tanah Melayu                      III  Afrika
            II Sumatera                             IV  Asia
            A  I dan II                   C  II dan III
            B  I dan III                 D  III dan IV

19. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
            A         kejadian banjir
            B         pencairan air batu
            C         pergerakan glasier
            D         kenaikan paras air laut

20. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air Batu
            A         lima    
            B         enam
            C         tujuh
            D         lapan


Jawab semua solalan.
a)         Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.












sayang menyayangi                               anak-anak                                            hormat

                         rajah salasilah                                                                               maruah





1.         Keluarga asas terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.
2.         _____________________ antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting untuk
membina keluarga yang bahagia.
3.         Sikap ____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia dapat
            mengelak daripada berlakunya perselisihan faham.
4.         Kita mesti menjaga __________________ keluarga supaya nama baik keluarga tidak
            tercemar.
5.         ____________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usul
sebuah keluarga.


b)         Tandakan (     ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan tandakan  ( X ) pada pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.

1.
Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.

2.
Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

3.
Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.

4.
Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.

5.
Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

c)         Senaraikan kemudahan yang terdapat di sekolah kamu dan nyatakan cara kamu menjaga kemudahan tersebut.

Bil
Kemudahan Sekolah
Cara menjaga kemudahan sekolah
Pentagon: Contoh1.
Makmal komputer
Menjaga kebersihan bilik komputer dan menggunakan komputer dengan cermat dan berhemah
2.




3.




4.




5.




6.

























 






































































Saturday, 31 August 2013

KEK PANDAN

Bahan A

10 helai daun pandan              
1/2 biji kelapa  
satu cawan air

1.Kisar bahan A dan tapis (jadikan satu cawan santan pandan)
Masak hingga pecah minyak
Sejukkan

2.Pukul 2 cawan gula dan 5 biji  telur hingga kembang
3.Masukkan 2 cawan tepung gandum dan bahan A.
4.Masukkan baking powder 3 camca teh
Kacau sebati dan masukkan dalam acuan kek.
Bakar setengah jam.

Monday, 19 August 2013

SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MULIA
SOALAN KUIZ KEMERDEKAAN
2013

Nama :  ______________________________________                    Kelas  :   __________________

A.      Pilih jawapan yang betul.

1.       Siapakah Bapa Kemerdekaan Negara kita
A.      Tunku Abdul Rahman
B.      Tun Abdul Razak
C.      Tun Hussein Onn
D.      Tun Dr Mahathir

2.       Bilakah Negara kita merdeka?
A.      1957
B.      1963
C.      1956
D.      1958

3.       Tahun ini merupakah tahun kemerdekaan Malaysia yang ke……
A.      55 tahun
B.      56 tahun
C.      54 tahun
D.      50 tahun

4.       Rekabentuk bendera Malaysia mempunyai jalur berwarna
A.      Merah putih
B.      Merah biriu
C.      Biru kuning
D.      Biru Merah

5.       Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada..
A.      1957
B.      1959
C.      1963
D.      1960




6.       Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia sekarang?
A.      Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
B.      Tun Dr Mahathir bin Mohamad
C.      Dato’ Seri Najib Tun Abd.Razak
D.      Tan Sri Muhyiddin bin Yassin

7.        Apakah gelaran yang merujuk kepada Negeri Johor?
A.      Darul Khusus
B.      Darul Makmur
C.      Darul Takzim
D.      Darul Ehsan

8.       Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ke……………..
A.      Dua
B.      Tiga
C.    Enam
D.    Ketiga

9.       Pilih pasangan  negeri dan ibu negeri yang SALAH
A.      Johor - Johor Bahru
B.      Terengganu- Kuala Terengganu
C.      Negeri Sembilan – Seremban
D.      Kelantan – Kuantan

10.   Kenyataan berikut adalah benar KECUALI
A.      Sari  -  India
B.      Sinuangga - Iban
C.      Kelambi - Iban
D.      Dhoti – India

11.   Namakan tasik yang terkenal dengan mitos naga di negeri Pahang
A.      Tasik Cina
B.      Tasik Cini
C.      Tasik Banding
D.      Tasik Merdeka

12.   Malaysia mempunyai  ……. buah negeri.
A.      13
B.      14
C.      12
D.      15



13.   Apakah gelaran untuk Bendera Malaysia?
A.      Jalur Gemilang
B.      Jalur Lebar
C.      Harimau Malaya
D.      Harimau Selatan

14.    Taman Mini Malaysia terletak di negeri….
A.      Terengganu
B.      Pulau Pinang
C.      Melaka
D.      Perak

15.   Sungai terpanjang di Malaysia ialah
A.      Sungai Pahang
B.      Sungai Kinabatangan
C.      Sungai Muar
D.      Sungai Rejang

B. Senaraikan gelaran bagi negeri-negeri di Malaysia
Bil.
Nama Negeri
Gelaran

1.
Selangor


2.
Johor


3.
Kelantan


4.
Terengganu


5.
Kedah


6.
Perak


7.
Pahang


8.
Negeri Sembilan


9.
Melaka


10.
Pulau Pinang


11.
Perlis


12.
Sarawak


13.
Sabah





Sunday, 14 April 2013

PROGRAM PENGARAH TURUN PADANG 2013

Suasana di semua sekolah di negeri Johor begitu kecoh...
Semua guru dan staf sekolah sedang bertungkus-lumus untuk menyiapkan segala dokumen untuk menyambut ketibaan pegawai JPN dan PPD yang akan memantau semua sekolah bermula awal April.

Semua fail dibongkar untuk memastikan segalanya rapi dan memenuhi kehendak pemantau..
ada pelbagai item yang dinilai....antaranya
pemantauan pengurusaan pembelajaran dan pengajaran,
semakan dokumen pengurusan sekolah,
pengurusan pejabat
pengurusan kurikulum
pengurusan sumber pendidikan
pengurusan kokurikulum
pengurusan hal ehwal murid

Itu baru tajuk besarnya.. sub itemnya lagilah banyak,.244 item...semua kena lengkap dan terkini..
guru2 semua kena bersedia untuk pemantauan pnp di bilik darjah jugak..
selain tu..ada jugak pembentangan profil sekolah..
keadaan dan budaya sekolah pun kena jaga..perjalanan perhimpunan, pertukaran guru dll..

Aku pun tak ketinggalan bertungkus-lumus menyiapkan fail2 yang bertimbun-timbun..sampai pening lalat dibuatnya. Di rumah komputer sentiasa ON dan printer tak berhenti print itu ini..

In sha Allah segalanya bakal tersedia untuk dipantau...

Thursday, 28 March 2013

TIPS DAN INFO DIET SIHAT

KREDIT UTK ADIK AKU-MARYAM ATAN atas info yg amat baik dikongsi dan boleh diamalkan untuk kesihatan optimum.

Info ttg diet dari Redza Abd Rahman- Pakar pemakanan (boleh add di fb). Ada bagi talk utk staf MRSM Muar 16 Mac 2013 yg lepas. 

Beliau tlh disahkan kena kanser tahap 4, tapi selepas mengamalkan pemakanan sunnah, beliau telah kembali sihat dan boleh memberikan ceramah. 

"WE ARE WHAT WE DIGEST" - Take nutrition seriously

TIPS AND TRICKS: RASULULLAH DIET
Rule 1- HALAL & THAYYIB (Al-Baqarah : 168)
Rule 2- JANGAN BERLEBIHAN (Al-A'raf :31)
Rule 3- PERHATIKAN MAKANAN (Surah Abasa : 24)

BANYAK TIPS, DIANTARANYA:

1. Kalau boleh tukar makanan berwarna putih kepada warna perang(brown) i.e bancuh air guna brown sugar, beli roti perang, beras perang dan tepung perang (jenis Faiza) sebab tiada peluntur. 
2. Jika tak nak guna beras perang (harga mahal sikit), masak beras biasa tapi guna teknik 'buang yang keruh'. Cara: basuh beras mcm biasa, tanak nasi..bila dah nak didih, buang air yg keruh tu ganti air filter yg baru, biarkan lagi sampai nasi didih. 
3. Untuk menumis- sila gunakan minyak sayuran, menggoreng (deep fry)- guna minyak kelapa sawit: jgn guna minyak jagung
4. Singkirkan brg2 ni dari dapur anda : gula putih., susu pekat, roti putih, marjarin (gunakan butter)
5. Elakkan guna brg yg ada label; Paraben (punca cancer)..jgn ambil pil kalsium kecuali jika ada patah tulang, pregnant, menopause
6. Sumber utama kalsium - daun kari..buat ulam. 1 daun kari = 2 gelas susu, atau ikan bilis
7. Boleh cuba amalkan : secubit habbatussauda dan 1 sudu minyak zaitun dimakan setiap hari
8. Kalau nak makan kolagen - pastikan ada tulis Hydrolaze Collagen yg boleh diserap.
Jika masih muda remaja dan kulit masih tegang, tak perlu makan kolagen sebab nanti otak akan hntar signal spya kurangkan pengeluaran kolagen secara semulajadi.
9. Pigmentation- Amalkan vitamin C . Kalau ada gastrik - ambil calcium ascorbate tapi kalau normal - ascorbic acid
10. Vitamin E- Kulit gebu, wow!

LAGI-LAGI TIPS:

1. SUNNAH TECHNIQUE - Cth: makan kna kunyah smpai hancur(rasa manis- enzim amilase dirembeskan utk digest carbohydrate), makan duduk, baca doa sebelum mkn, guna tgn. etc
2. PERUT - gudang segala penyakit. 75% imune system diperut. The secret -makan 'nata-de coco' + yakult. "MAKAN APABILA LAPAR, BERHENTI SEBELUM KENYANG"
3. NATURAL - makan yg asli, cth. makan buah lbh baik dari minum jus buah, MADU ASLI MEMANG YANG TERBAEK + HABBATUSSAUDA

WATER DIET THERAPY:-
Selepas bangun tidur, jgn gosok gigi dulu tapi terus minum air sejuk segelas ( tapi bukan yg disimpan dlm fridge)..pastikan malam sebelum tidur gosok gigi dulu la..Amalkan selama sebulan boleh kurang berat badan 3-4 kg

HUNGER VS APPETITE
Hunger - a need for food
Appetite - a desire for food
Kalau kita rasa lapar, minum air segelas. Kalau masih lapar bolehla makan. Tapi kalau lepas minum air, perut terasa kenyang maknanya tu cuma appetite, jgn la makan pulak..Cuba la tips ni.

Kalau ditempat air-cond- setiap 15 minit minum seteguk air..

SEKIAN. MANA YANG BAIK BOLEH DIAMALKAN..MUDA-MUDAHAN TIPS INI DAPAT MEMBANTU KITA SIHAT DAN CERGAS..

Sunday, 10 March 2013

AMALAN KETIKA MENERIMA REZEKI ATAU MENGELUARKAN WANG


Alhamdulillah, pada pagi Ahad yg lepas seorang ustaz (Tuan Hj Jalil) telah bermurah hati berkongsi dengan ahli jemaah di Masjid Rengit tentang satu amalan yang amat baik diamalkan bagi setiap mukmin. Menurut beliau, beliau sendiri telah mengamalkan ayat ini iaitu SURAH  AS-SOD AYAT 54 dan banyak keajaiban yang berlaku(semuanya tidak mustahil kerana kuasa Allah yang maha luas) Sekiranya mendapat rezeki berupa wang, cek, orang belanja makan dll silalah baca ayat ini dan biasanya rezeki tidak akan putus kerana sentiasa    akan mencukupi dari pelbagai sumber. Begitu juga sekiranya kita mengeluarkan wang untuk apa-apa tujuan pun, silalah baca ayat ini.  Menurut beliau lagi, pernah sahabat beliau pergi menunaikan haji dengan percuma kerana mendapat penajaan tanpa disangka-sangka. Jom sama-sama kita amalkan...