Alhamdulillah...
Sampai juga ke detik tahun baru 2013...syukur tidak terhingga kerana dengan rahmatNya kita semua masih dapat bernafas di bumi Allah ini...
Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang kulalui pada 2012...
Aku ingin kongsi pengalaman yang manis2 aje...yang pahit2 tu biar aku telan...mudah2an pada tahun baru 2013 kita semua akan terus melangkah dan semoga bertambah keberkatan dan sentiasa di bawah lindungan dan rahmatNya..inshaAllah...
KENANGAN 2012
KERJAYA:
Kenangan manis tahun 2012 menjadi Setiausaha MSSC Senggarang banyak yg perlu dibereskan..(Kalau GB pengerusi MSSC , automatik GPK KOKU kena jadi setiausaha.....aduyai...sibuk sokmo...memang pening kepala...
Kenangan paling manis bila jadi Ketua Kontigen Zon Senggarang ke Kejohanan MSSD Batu Pahat dan berkat kerjasama semua jurulatih, peserta, capron , penaja2, GB2 dan guru2 akhirnya buat pertama kali dalam sejarah zon Senggarang berjaya menjadi Johan Keseluruhan bagi kategori sekolah rendah.
Zon Senggarang juga menang Olahragawati B12 ( puteri kesayangan sekolah saya ni) dan Olahragawan L10 dan berjaya membawa pulang 11 pingat emas,6 pingat perak dan 3 gangsa...Alhamdulillah...terima kasih kepada semua rakan2..sweet memory betul...
Seorang murid sekolah aku Mahira Hanis terpilih mewakili Johor ke peringkat kebangsaan di Perlis, Alhamdulillah...
Kejohanan Bola Tampar MSSJ juga aku kena pergi di Kota Tinggi sebab ada murid sekolah aku terpilih mewakili daerah Batu Pahat..Alhamdulillah..juga mencatat sejarah sebab first time BP dapat masuk final dan dapat tempat kedua. Selalunya BP ialah pasukan belasahan..seronoknya bukan kepalang..(padahal takde buat apa pun tukang sorak aje..)
Monday, 31 December 2012
Sunday, 30 December 2012
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013
Moga Allah
limpahi rahmat kepada kita semua.
Untuk
gerakkan azam tahun baru agar berjaya dicapai:
Doa
sungguh-sungguh
Murnikan hati
agar tarik hidayah Allah
Fikir secara
positif sebab fikir itu doa
Lakukan setiap
tindakan dengan terbaik
Jaga ibadah
dengan sempurna
Cari kawan yang
dapat bantu untuk capai azam
Penampilan yang
anggun
Cari guru atau
mentor yang dapat bimbing
Bentuk budaya
diri yang cemerlang
Berterusan cari
ilmu
Nilai dan
ubahsuai azam jika perlu
Seimbangkan
hidup- rumah tangga/tempat kerja/sekolah/masyarakat
. Lakukan dengan
istiqamah selama 40 hari untuk jadi tabiat
Redha dan syukur
atas setiap pencapaian
MOGA
BERJAYA....
KEK PISANG
BAHAN-BAHANNYA
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
4 cawan tepung gandum
2 cawan minyak masak
2 cawan pisang ( dilecek)
Bikarbonat soda(ayak dengan tepung)
CARA MEMBUATNYA
Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih.
Masukkan pisang
Masukkan minyak masak
Masukkan tepung sedikit-sedikit
Gaul rata dan bakar hingga masak

RESEPI ROTI PUREE
Resepi ini diperoleh dari radio satu masa dahulu...resepi ni kami adik-beradik selalu buat waktu petang2...rasanya sedap dan sesuai untuk hidangan seisi keluarga.
DOH:
BAHAN-BAHANNYA
3 cawan tepung gandum
4 sudu mentega/ marjerin
air panas secukupnya
minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA
Dalam mangkuk, masukkan tepung gandum, tambahkan mentega. Gaul hingga rata
Masukkan air panas sedikit demi sedikit dan uli hingga kental,
Biarkan 1 jam
Uli semula dan bulat2kan sebesar bola golf.
Canaikan dan goreng dalam minyak panas.
KUAH:
BAHAN-BAHANNYA
4 biji kentang direbus dan lenyek
1/2 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu serbuk jintan
2 biji lada hijau(dipotong)
1 labu bawang besar(potong bulat)
1/2 sudu biji sawi( jika suka)
daun kari
garam
2 sudu marjerin
1/2 cawan santan pekat
CARA MEMBUATNYA
Gaulkan kentang, kunyit, garam dan santan
Panaskan kuali, masukkan marjenin
Setelah panas, masukkan biji sawi, daun kari, bawang dan lada hijau
Masukkan campuran kentang
Kacau rata dan jangan sampai pecah minyak
Masak hingga mendidih.
(Doh boleh disimpan dlm peti sejuk dan goreng bila nak makan)

RESEPI HOME MADE KAYA
Resepi ni warisan ibu mertuaku...
Dah lama tersimpan dalam diari aku. Kaya buatan sendiri ni dijamin besttt ...
Rasanya asli dan nyum..nyum ..
Boleh dimakan dengan roti atau roti jala, lempeng semua boleh.
Paling penting ini resepi asli dan tiada bahan pengawet.
Kalau dah siap sila simpan dlm peti ais.
BAHAN-BAHANNYA
2 biji telur(pukul dengan 1 cawan gula hingga kembang dan putih)
21/2 cawan santan dari sebiji kelapa
1/4 cawan susu pekat manis
Halia
daun pandan
Gula pasir secukupnya
Vanila esen
CARA MEMBUATNYA
Masak gula hingga gula agak hangus.
Masukkan halia yang ditumbuk kasar
Masukkan santan
Masukkan telur
Kacau cepat-cepat supaya tidak bergentel
Masukkan sedikit esen vanila dan susu
Kacau2 lagi hingga betul2 pekat dengan api yang sederhana

Saturday, 29 December 2012
RESEPI PENGAT PUTERI MANDI
Inilah resepi kegemaran aku dan adik-beradik masa kecik2 dulu...
Terutamanya kalau bulan puasa, mesti buat pengat ni..Pengat ni juga favorite abah...abah pun sama2 gentel kuih ni ...bergotong-royong menggentel tepung dan bila dah siap gentel penyekkan sikit..
Memang penuh nostalgialah ...
BAHAN-BAHANNYA
2 cawan tepung pulut
air secukupnya
sedikit garam
3 cawan santan
tiga helai daun pandan
1 senduk gula pasir
CARA MEMBUATNYA
Dalam bekas,masukkan tepung,air dan garam.
Uli hingga jadi doh dan tidak melekat.
Masukkan warna yang disukai ( jika suka)
Ambil sedikit adunan buat bentuk bebola seperti guli, penyekkan sedikit.
Masukkan santan ke dalam periuk,campurkan sedikit garam,daun pandan disimpul
Ambil bebola tadi dan masukkan ke dalam periuk biar hingga timbul
( Api perlahan supaya tidak pecah minyak)

Friday, 28 December 2012
RESEPI KASTARD BERKUAH
Bahan-bahannya
1 tin/paket tepung kastard
12 cawan air
1/2 cawan susu cair
Cara membuatnya
Masukkan tepung kastard dalam periuk, masukkan air
Masukkan susu cair
Panaskan api dan kacau lama2 sampai kastard pekat
Bila dah pekat masukkan dalam bekas
Kuah
2 tin susu cair
1 paket buah-buahan campuran(toskan airnya)
Ais
Jelly (sumi jelly tu) secukupnya
Air gula secukupnya
Cara membuatnya
Dalam bekas besar,campurkan semua bahan/Kacau rata
Masukkan kastard yang dah dibekukan tadi

Subscribe to:
Posts (Atom)