Sejarah
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN
TAHUN 4
2014
SEJARAH
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
ARAHAN :
Jawab semua soalan.
Jawab
semua soalan di bawah. Pilih satu jawapan yang betul sahaja.
1.
Maksud sejarah yang paling tepat ialah
A Sejarah ialah
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau
B Sejarah ialah
peristiwa yang akan berlaku
C Sejarah ialah cerita
dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D Sejarah ialah cerita
yang menarik untuk dibaca
2.
Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk
A Buku
B Ucapan
C Akhbar
D Batu
bersurat
3.
Muzium berperanan sebagai
A Tempat
bersiar-siar sambil membeli barang purba
B Tempat
menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C Tempat
orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
D Tempat
untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat
4.
Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?
A Mengetahui
cerita seseorang
B Boleh
menjadi iktibar dan pelajaran
C Melahirkan
masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat
untuk berperang dengan orang lain
5. Apakah maksud
biodata diri?
A Pengenalan
diri seseorang
B Dokumen
berkaitan orang lain
C Keterangan
tentang diri dan keluarga
D Profil
yang mengandungi maklumat tentang diri kita
6. Keluarga asas
terdiri daripada
A datuk,
nenek dan sepupu
B ibu
saudara, abang dan kakak
C ayah,
ibu, datuk, nenek dan cucu
D ayah,
ibu dan anak-anak
7. Bagaimanakah
kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
A Menggunakan
kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B Meninggikan
suara apabila bercakap dengan mereka
C Mengambil
barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D Tidak
mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga
8. Apakah gelaran
nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?
A Adik
B Along
C Angah
D Mak
Su
9. Siapakah yang
memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?
A Guru
B Murid
C Kerani
D Guru
Besar
10. Apakah yang
dimaksudkan dengan visi?
A Sesuatu
yang hendak dicapai
B Lambang
kebanggaan sekolah
C Wawasan
atau berpandangan jauh
D Langkah
untuk mencapai kejayaan
11. Antara
berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?
I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah
di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I
dan II C I dan III
B II
dan III D I dan IV
12. Bagaimanakah
caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Membuang
sampah merata-rata
B Mencantas
pokok dan memetik bunga sesuka hati
C Bersama-sama
menanam pokok bunga di sekolah
D Menconteng
dinding sekolah
13. Alamat tempat
tinggal dapat menunjukkan
A saiz
rumah seseorang
B taraf
hidup seseorang
C lokasi
tempat tinggal seseorang
D bilangan
ahli keluarga seseorang
14. Pernyataan di
bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali
A mempunyai kemudahan
asas yang mencukupi
B mempunyai
pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi
oleh kawasan kilang yang pesat membangun
D kawasan
yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini
15. Mengapakah
kita perlu menjaga dan mengindahkan kawsan persekitaran tempat tinggal?
A Mengharapkan
pujian orang lain
B Untuk
memenangi pertandingan yang dianjurkan
C Untuk
menjamin kesihatan dan keselesaan hidup
D Menggalakkan
golongan remaja melepak di kawasan tersebut
16. Manakah antara
berikut merupakan adab menggunakan telefon awam?
A Meletakkan
semula telefon ke gagang telefon selepas menggunakannya
B Menghempas
telefon dengan kuat kerana marah
C Membuang
sampah di tempat tersembunyi di pondok telefon
D Membiarkan
sahaja jika telefon rosak tanpa membuat aduan
17. Apakah yang
dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?
A Zaman
ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B Zaman
ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C Zaman
ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D Zaman
gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi
18. Manakah antara
berikut merupakan kepulauan Melayu?
I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV Asia
A
I dan II C II dan III
B
I dan III D III dan IV
19. Berikut adalah
faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
A kejadian banjir
B pencairan
air batu
C pergerakan
glasier
D kenaikan
paras air laut
20. Terdapat
___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air Batu
A lima
B enam
C tujuh
D lapan
Jawab semua solalan.
a) Isikan
tempat kosong dengan jawapan yang betul.
sayang menyayangi anak-anak hormat
rajah salasilah maruah
1. Keluarga asas
terdiri daripada ibu, ayah dan _____________________.
2. _____________________
antara satu sama lain di dalam keluarga amat penting untuk
membina keluarga yang bahagia.
3. Sikap
____________________ perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga kerana ia dapat
mengelak daripada
berlakunya perselisihan faham.
4. Kita mesti menjaga
__________________ keluarga supaya nama baik keluarga tidak
tercemar.
5. ____________________
keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usul
sebuah keluarga.
b) Tandakan ( ) pada pernyataan yang menunjukkan
peristiwa sejarah dan tandakan ( X )
pada pernyataan yang bukan
menunjukkan peristiwa sejarah.
1.
|
Saya mula
memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.
|
|
2.
|
Setiap hujung
minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.
|
|
3.
|
Saya pernah
berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.
|
|
4.
|
Saya selalu
mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.
|
|
5.
|
Negara kita
mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
|
|
c) Senaraikan kemudahan yang terdapat di
sekolah kamu dan nyatakan cara kamu menjaga kemudahan tersebut.
Bil
|
Kemudahan Sekolah
|
Cara menjaga kemudahan sekolah
|
1.
|
Makmal komputer
|
Menjaga
kebersihan bilik komputer dan menggunakan komputer dengan cermat dan berhemah
|
2.
|
|
|
3.
|
|
|
4.
|
|
|
5.
|
|
|
6.
|
|
|