Thursday, 31 January 2013

SKRIP ATURCARA MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM



1.Pelajar berhimpun seperti perhimpunan mingguan biasa.
2.Ketua pasukan berdiri di hadapan perbarisan
3.Ketua perbarisan mengambil tempat di hadapan perbarisan.
4.Juruacara majlis memulakan majlis.

4.1    Kata-kata  aluan daripada juruacara majlis

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh
        
Yang dihormati yang berusaha
 Ltn.Kol TKRS Tuan……………………   (Nama GB)
 Komandan TKRS Sekolah.....................(Nama sekolah)

Yang dihormati   
YANG BERUSAHA,
LEFTENAN KOLONAL TKRS  TUAN………………(NAMA GB)

YANG DIHORMATI,
TUAN………………………– GURU PEMIMPINPENGAKAP(GPK 1)

YANG DIHORMATI,
TUAN………………………………… -  GURU PEMIMPIN PUTERI ISLAM(GPK HEM)

YANG DIHORMATI,
MEJAR…………………………………-(GPK KOKU)


Yang dihormati
Guru-guru pemimpin Pasukan Pakaian Seragam
Sekolah...........................(nama sekolah)

Yamg dihormati
Guru-guru penasihat persatuan dan kelab
Sekolah.......................................(nama sekolah)

Yang dihormati
Rakan-rakan seperjuangan sekalian

Untuk memulakan majlis,dengan hormatnya majlis mempersilakan
Tuan Ltn Kol Tuan...............................(GB)
Untuk menerima tabik hormat daripada ketua perbarisan
Dipersilakan

( Ketua Perbarisan melapor diri)


ASSALAMUALAIKUM  TUAN

KAMI  AHLI-AHLI  PASUKAN PAKAIAN SERAGAM, 
PERSATUAN DAN KELAB 
SEKOLAH …………..

SIAP UNTUK MAJLIS PERHIMPUNAN TUAN.
TERIMA KASIH TUAN


(Ketua Perbarisan kembali ke tempat asal)

4.2 Dipersilakan Tuan.......................................untuk mengetuai bacaan doa.
(Terima Kasih)
4.3 Luruskan barisan.Angkat tangan,turun.
 Bersedia untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah yang diketuai oleh............................................

4.4       Dipersilakan ...............................untuk melafazkan ikrar.


Dipersilakan semua guru untuk duduk

4.5       Dijemput guru yang bertugas pada minggu ini iaitu.............................untuk menyampaikan ucapan beliau.
         Dengan segala hormatnya dipersilakan.

        ( Terima kasih)

4.6       Penyampaian hadiah(Jika ada)

4.7       Kini dipersilakan Tuan Ltn Kol TKRS Tuan.................untuk menyampaikan ucapan beliau.
         Dengan segala hormatnya dipersilakan.
        
Semoga apa yang disampaikan tadi memberi manfaat dan ingatan kepada kita semua.

4.8       Bersedia untuk menyanyikan lagu Negaraku.

4.9        Dipersilakan Ltn.Kol mengambil tempat untuk menerima tabik hormat dan izin menjalankan tugas-tugas lain.


ASSALAMUALAIKUM  TUAN
MINTA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS LAIN
TUAN ..TERIMA KASIH TUAN.



Kita sudahi majlis kita pada hari ini dengan bacaan surah Al-Asr.






Add caption

No comments:

Post a Comment